Friday, 26 February 2016

Pelancaran Program Galakan Membaca (NILAM) 2016

Pada 26 Februari 2016, telah diadakan Pelancaran Program Galakan Membaca (NILAM) secara serentak di seluruh negeri Selangor bertempat di tapak perhimpunan  bagi sesi pagi manakala sesi petang telah diadakan di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali selaku Guru Besar. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mahadir bin Midun.


Tujuan program ini diadakan adalah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan warga SKTPP untuk melahirkan warga yang berilmu dan berketrampilan.

Antara paparan yang dapat dikongsi bersama sepanjang pelancaran diadakan....

                                      SESI PAGI

Pn. Nurliza binti Ab. Rahman selaku pengacara majlis.
Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir bin Midun

Ucapan perasmian oleh Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.




Gimik Pelancaran yang disempurnakan oleh Guru Besar


 Aktiviti membaca oleh warga SKTPP


SESI PETANG