Friday, 15 September 2017

Sesi Bimbingan Oleh PKG

Bagi memantapkan pengurusan PSS, Ketua PKG Salak; En. Mohamad dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Salak; En. Azreen telah turun padang ke sekolah memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang sangat berharga. Kehadiran mereka berdua banyak membantu guru-guru AJK Dokumentasi khususnya. Pelbagai persoalan telah terungkai, kebimbangan telah terlerai dan kekusutan dapat diselesaikan. Semoga perkongsian ilmu dan idea ini akan menyuntik semangat kepada guru dan warga sekolah menuju ke hari pertandingan yang telah ditangguhkan pada 25 Oktober 2017 nanti..







Saturday, 12 August 2017

Bengkel Proses Teknik Buku

Tarikh : 12 Ogos 2017 (Sabtu)
Objektif : Mendedahkan pengawas dan AJK PSS tentang proses teknik buku dengan betul.







Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid yang terlibat.

Thursday, 10 August 2017

Monday, 7 August 2017

Pelancaran Minggu Bahasa dan Pusat Sumber Sekolah

Pelancaran Minggu Bahasa dan Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada hari Isnin, 7 Ogos 2017.    Guru Besar; Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Minggu Bahasa dan Pusat Sumber Sekolah. Kemudian, guru besar dijemput untuk memalu gong dan menarik tali ‘bunting’ sebagai tanda perasmian program tersebut.

Wakil daripada Team Blink PTS iaitu Encik Ali Imran bin Che Yasin turut hadir untuk memeriahkan lagi program ini dan telah menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang minggu ini sebelum penampilan Maskot Blink yang telah menarik perhatian semua murid dan guru.  
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak PTS ialah:-
~~Jualan buku
~~Bengkel Penulisan Kreatif untuk murid Tahun 4 dan 5

Diharapkan program ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. 












Pengawas Pusat Sumber bergambar bersama maskot "transformer"

Tuesday, 1 August 2017

Kerja-Kerja Naiktaraf PSS

Bagi menceriakan PSS yang sedia ada, guru-guru, staf dan murid-murid telah mengambil inisiatif menjalankan pelbagai kerja-kerja naiktaraf PSS dan persekitaran sekolah agar berwajah baru dan ceria. Semoga murid-murid akan lebih seronok dan selesa untuk terus menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PSS...








Kami Benci DARVIH

Friday, 28 July 2017

Perbincangan Storyboard Persembahan Multimedia

GB dan GPM; Pn. Siti Rabiaah bersama AJK Persembahan Video; En. Srimahathevan dan Pn. Arjunawati telah berbincang tentang storyboard dan gambaran bentuk persembahan multimedia yang akan disediakan. Semoga video yang akan dihasilkan kelak dapat memberi gambaran menyeluruh tentang visi & misi, hasrat pentadbir & murid, sudut & ruang, program & aktiviti serta semua aspek yang hendak dinilai...



Penilaian : 20.9.2017

Doakan kejayaan kami

Perjumpaan Think Tank Lagi..

Lagi perjumpaan think tank PSS. Semoga persiapan mantap...





Tuesday, 25 July 2017

Lawatan Penanda Arasan Pusat Sumber Cemerlang SMK DABB

Lawatan penanda arasan ke Pusat Sumber Cemerlang SMK Dato’ Abu Bakar Baginda telah diadakan pada 25 Julai 2017. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk mendapat maklumat tentang penyediaan fail, penerangan tentang aspek-aspek yang dinilai, perkongsian idea dan melawat PSS dan bilik-bilik khas sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan Pusat Sumber Cemerlang peringkat negeri tahun 2017.

Lawatan ini disertai seramai sembilan orang guru yang diketuai oleh Puan Rohaidah binti Mohd Ali, selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Guru-guru yang menyertai lawatan ialah Puan Jumilah binti Ahmad (PK Petang), Puan Siti Rabiaah binti Mohammad, Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji, Puan Azlina binti Mat Isa, Puan Nurliza binti Ab Rahman, Puan Nor Arzah binti Hussin, Puan Rozimah binti Yaakob dan Puan Nur Malisha binti Omar.

Terima kasih buat SMK DABB atas kesudian menerima rombongan kami. Banyak yang telah kami perolehi hasil lawatan tersebut. Setinggi-tinggi penghargaan khususnya buat Pengetua dan Guru Media SMK DABB atas layanan yang sangat mesra dan penerangan yang sangat mendalam. Semoga SMK DABB akan berjaya dalam perjuangan APPSC peringkat kebangsaan yang dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos ini. All the best!

Antara gambar-gambar yang dapat dikongsikan bersama sepanjang lawatan tersebut.