Thursday 22 June 2017

Lawatan Penanda Aras Ke PSS SK Kota Warisan

Pada hari Rabu, 21 Jun 2017, satu lawatan penanda arasan telah dibuat ke Pusat Sumber Cemerlang, SK Kota Warisan. Seramai 6 orang guru menyertai lawatan ini. Lawatan ini diketuai oleh Pn. Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana.  Lawatan ini telah disambut baik oleh pihak sekolah SK Kota Warisan.
Objektif utama lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru SK Taman Putra Perdana ke arah persediaan untuk menghadapi pertandingan Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2017.

Jutaan terima kasih kepada warga SK Kota Warisan kerana memberi peluang kepada kami menimba ilmu di sana. Sesungguhnya lawatan dan perkongsian tersebut amat beasr maknnaya buat kami..

Antara gambar-gambar yang dapat dikongsikan bersama sepanjang lawatan tersebut.








 
 

 

Tuesday 20 June 2017

Program Malaysiangaji 2017

                Pada 19hb Jun 2017 (Isnin), tepat jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang telah diadakan Program Malaysiangaji di Dewan Perdana.  Program ini telah dilaksanakan oleh Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Panitia Penddikan Islam. Program ini juga  telah dijalankan serentak di seluruh Malaysia.
                 
               Objektif program ini adalah untuk menjulang Al Quran sebagai landasan kehidupan dan menggalakkan masyarakat membaca Al-Quran, memahami serta mengamalkan al-Quran di dalam kehidupan seharian.

Antara paparan yang dapat dikongsi sepanjang program dijalankan.


Aktiviti mengaji di Dewan Perdana.

                               








Murid-murid SKTPP sedang mengaji.