Wednesday, 12 July 2017

Mesyuarat Think Tank PSS

Mesyuarat serta perjumpaan Think Tank PSS SKTPP diadakan bertujuan untuk membincangkan tema, konsep, susun atur serta idea-idea major bagi persiapan untuk menghadapi Pertandingan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Peringkat Negeri Selangor 2017. Guru Media; Pn. Siti Rabiaah telah memberi maklumat dan laporan terkini yang diperolehi daripada Mesyuarat GPM Daerah Sepang serta dapatan hasil perkongsian ilmu dengan GPM sekolah-sekolah yang berpengalaman dalam pertandingan ini.
   Terima kasih diucapkan atas komitmen semua ketua induk dan para pentadbir. Segala idea yang diberi amat bermakna sekali. Semoga ianya dapat diaplikasikan dalam merealisasikan sebuah PSS dan Sekolah Sumber terbaik sebagaimana yang dikehendaki...