Saturday 10 March 2018

Laporan Bengkel Memproses Buku dan Bahan Bukan Buku Fasa 1 2018

NAMA PROGRAM: Bengkel Memproses Buku dan Bahan Bukan Buku Fasa 1

TARIKH  : 10 Mac 2018
HARI      : Sabtu
MASA     : 8.00 – 12.00 tengahari

MATLAMAT:
Melatih dan mendedahkan pengawas pusat sumber sekolah yang baru tentang pengurusan asas pusat sumber sekolah seperti membuat proses teknik buku dan membaikpulih buku – buku yang rosak.

OBJEKTIF:
  • Memberi pendedahan asas kepada pengawas dan AJK PSS tentang proses buku dengan betul.
  • Meningkatkan kemahiran pengawas dan AJK PSS dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka khususnya dalam pengurusan bahan dan fizikal PSS. 

KEBERHASILAN AKTIVITI:
  • Peserta memperoleh ilmu pengetahuan dalam proses teknik buku dan bahan bukan buku yang betul
  • Kesemua peserta bersemangat dan bersungguh-sungguh mengamalkan teknik yang dipelajari semasa bengkel itu.

GAMBAR - GAMBAR SEPANJANG BENGKEL TERSEBUT:

Puan Arnny Yusnita selaku GPM sekolah memberikan taklimat kepada semua peserta bengkel pada hari itu.

Puan Arnny Yusnita selaku GPM sekolah menerangkan ada beberapa jenis buku yang harus dijadikan “red spot” atau rujukan di PSS.

Pengawas – pengawas PSS melakukan proses cap PSS di dalam muka surat rahsia pada sesebuah buku.

Adik Zuhry Zayyan menampal tarikh pemulangan buku di belakang muka depan buku.

Pengawas – pengawas PSS menampal poket buku dan memasukkan kad pinjaman untuk buku - buku baharu. 

Puan Nur Malisha juga turut bersama – sama dengan peserta – peserta lain memproses buku – buku baharu.


Disediakan oleh;
Nur Malisha binti Omar

Saturday 3 March 2018

Bengkel Sirkulasi 1

Tarikh   :      3 Mac 2018
Hari      :      Sabtu
Masa    :      9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat :      Ujana Ilmu SKTPP

Objektif Program : 
  1. Memberi pendedahan maklumat dalam pengurusan sistem sirkulasi.
  2. Memberikan pendedahan dalam melakukan tugasan peminjaman dan pemulangan bahan bacaan.
  3. Memberi pendedahan yang lebih terperinci dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
  4. Penerangan berkaitan tugas-tugas hakiki pengawas termasuk tugasan mengikut biro dan jawatankuasa dapat difahami dengan lebih terperinci.
  5. Memupuk sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dengan penuh beretika dan berdedikasi.
Murid-murid memilih buku yang hendak dipinjam

Murid-murid beratur semasa meminjam buku
Pengawas Ujana Ilmu mencari kad pengguna.

Pengawas Ujana Ilmu merekodkan tarikh pemulangan buku.