Tuesday 26 June 2018

Pemantauan PSS dan VLE Frog


"وَذَكِّر فَإِنَّ الذِّكرَى تَنفَعُ المُؤمِنِين (55)"

Maksudnya : Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(Surah adz-Dzariyat : 55)

"Manusia selalu terleka dan terlupa, malah perkataan manusia itu sendiri berasal daripada kata "Nisyan" iaitu "LUPA".


Pemantauan terhadap Pusat Sumber Sekolah yang dikenali sebagai Ujana Ilmu dan VLE Frog SKTPP telah dijalankan pada hari Selasa bersamaan 26 Jun 2018. Pemantauan ini telah dilakukan oleh pegawai dari Pusat Kegiatan Guru Salak iaitu En. Mohamad,  En Azreen dan En. Zaidi. Kedatangan mereka disambut oleh Puan Guru Besar SKTPP; Puan Rohaidah binti Mohd Ali, Cikgu Arny Yusnita, Cikgu Hafiz serta Cikgu Rusydan. Pemantauan ini bertujuan untuk menyemak kesediaan  dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah.

En Mohamad dan En Azreen petah memberi bimbibgan dan khidmat nasihat kepada Guru Besar, Guru Penyelaras Ujana Ilmu
dan Ketua Pelaksana Ujana Ilmu SkTPP
Ianya merangkumi pelbagai perkara, antaranya sistem pemfailan, laman keceriaan, kemudahan akses guru-murid dan laman inovasi kreativiti. Selain itu, En Mohamad dan En Azreen juga telah menyampaikan maklumat mengenai kriteria-kriteria yang perlu ada dalam mewujudkan sebuah Pusat Sumber yang cemerlang. Ianya amat membantu pihak warga SKTPP dalam persediaan menjelang Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (APSSC) peringkat Negeri Selangor yang akan disertai tidak lama lagi.

Pn Arny Yusnita mendapat bimbingan daripada En. Azreen

Pemantauan fizikal Ujana Ilmu

Pemantauan terhadap program VLE Frog oleh En. Zaidi bersama Cikgu Hafiz

Akhir sekali, warga SKTPP mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran pihak PKG Salak yang tidak jemu-jemu memberi nasihat dan ilmu dalam memantapkan pengurusan Ujana Ilmu SKTPP. Semoga impian warga SKTPP bagi menjadikan Ujana Ilmu sebagai wadah kecemerlangan SKTPP tercapai. Salam Ujana Ilmu. Terima Kasih.

Thursday 7 June 2018

World #QuranHour Peringkat SK Taman Putra Perdana



Sesungguhnya Allah Tuhan kami, Nabi Muhammad Rasul kami dan al Quran panduan hidup kami


"قَالَ رَسُولُ اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيهِ وَسَلَّم مَن قَرَأَ حَرفًا مِن كِتَاب اللَّه فَلَهُ بِهِ حَسَنَةُ وَالحَسَنَةُ بِعَشرِ أَمثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرفٌ وًلًكِن الف حَرفٌ وَلَام حَرفٌ وميم حَرفٌ ...."

Maksudnya : Rasulullah bersabda Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah (al Quran), Maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan digandakan menjadi sepuluh kali, aku tak mengatakan ALIF LAM MIM itu satu huruf, akan tetapi ALIF satu huruf, LAAM satu huruf dan MIM satu huruf. (HR, Tirmidzi No.2853)

Kemeriahan bulan Ramadan bagi umat Islam disambut dengan memperbanyakkan amal Ibadah seperti bersolat terawih, menghidupkan malam dengan amalan Qiamullail dan bertadarus al Quran. Oleh itu dalam mengajar dan memberi galakan murid-murid SKTPP, pihak sekolah dengan bantuan Ujana Ilmu dan Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program World #Quran Hour peringkat sekolah.

Bacaan diketuai oleh Ust Zurilazman dan Ust Mahadir

Program ini telah diadakan pada 7 Jun 2018 bersamaan hari Khamis. Program ini selain bertujuan menghidupkan amalan membaca al Quran oleh warga SKTPP ianya juga sebagai pendorong kepada seluruh warga SKTPP dalam meningkatkan amal Ibadah sepanjang bulan Ramadan. 
Walaupun hanya sejam yang diluangkan bagi menjayakan program ini, ia tetap memberi makna kerana alunan ayat suci yang dibaca atau didengari memiliki keistimewaan yang mampu menundukkan hati yang keras. 

Saidina Umar al-Khattab RA yang terkenal sebagai seorang yang tegas dan keras hati , akhirnya tunduk kepada al Quran. Hatinya lembut selepas mendengar surah Taha. Begitu juga diharapkan berlaku kepada seluruh warga SKTPP. 

Murid membaca al Quran dengan khusyuk
Guru-guru tidak ketinggalan menyertai sama

Masing-masing tunduk menghayati kalimah-kalimah Allah

Indahnya hari ini jiwa-jiwa warga SKTPP dipenuhi dengan rasa cinta kepada al Quran. Walaupun bukanlah semua orang istiqamah membaca al Quran, tetapi program seperti ini diharap dapat menjadi batu loncatan kepada kita dalam melazimi ibadah membaca al Quran tidak kira masa dan tempat. Sesungguhnya Allah Tuhan kita, Nabi Muhammad Rasul kita dan al Quran panduan hidup kita.

Disediakan oleh : Ahmad Zubair