Tuesday 31 July 2018

Lawatan Penanda Arasan SK Taman Semarak, Nilai

Hari ini Ujana Ilmu SKTPP menerima lawatan penanda arasan PSS dari SK Taman Semarak, Nilai. Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan bagi memantapkan pengurusan Pusat Sumber serta merapatkan hubungan jalinan kerjasama antara kedua-dua buah sekolah Terima kasih banyak buat YDP PIBG SKTPP; Tn. Hj. Khairul Azhar Mohammad Suffian atas kesudian hadir meraikan para pelawat...
   Sebelum balik, para pelawat dibawa melawat Bilik Sumber PPDa.










Thursday 19 July 2018

LADAP Nilam Ditambahbaik 2018

Tarikh : 19 Julai 2018 (Khamis)
Masa : 12:30-1:30 p.m.
Tempat : Terminal Muafakat
Penceramah : Puan Juliawati binti Sakiman (SMK Dato' Abu Bakar Baginda)
Kehadiran : 71 orang guru

Sesi pengenalan oleh Pn. Arnny.

Guru-guru mendengar taklimat.

Cendera hati untuk penceramah.

Sijil untuk penceramah.

Saturday 14 July 2018

Laporan Bengkel Memproses Buku dan Bahan Bukan Buku Fasa 2 2018

NAMA PROGRAM: Bengkel Memproses Buku dan Bahan Bukan Buku Fasa 2

TARIKH  : 14 Julai 2018
HARI      : Sabtu
MASA     : 8.00 – 12.00 tengahari

MATLAMAT:
Melatih dan mendedahkan guru – guru PSS tentang pengurusan asas pusat sumber sekolah seperti membuat proses teknik buku menggunakan sistem S-Lib dan membaikpulih buku – buku yang rosak. 

OBJEKTIF:
  • Memberi pendedahan asas kepada guru – guru PSS tentang proses buku dengan betul menggunakan system S-Lib yang baharu.
  • Meningkatkan kemahiran guru – guru PSS dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka khususnya dalam pengurusan bahan dan fizikal PSS. 

KEBERHASILAN AKTIVITI:
  • Peserta memperoleh ilmu pengetahuan dalam proses teknik buku dan bahan bukan buku yang betul. 
  • Kesemua peserta bersemangat dan bersungguh-sungguh mengamalkan teknik yang dipelajari semasa bengkel itu.

GAMBAR - GAMBAR SEPANJANG BENGKEL TERSEBUT:


Puan Arnny Yusnita selaku GPM sekolah menunjukkan cara yang betul menggunakan sistem S-Lib untuk memproses buku pada hari itu.

Cik Amalina dan Cik Nur Affiqah menampal poket buku dan memasukkan kad pinjaman untuk buku - buku baharu.

Cik Nur Affiqah memasukkan kad pinjaman untuk buku - buku baharu.

Puan Siti Maziah menulis maklumat buku pada poket buku serta di kad pinjaman pada setiap buku baharu.

Cetakan nombor panggilan daripada sistem S-Lib yang akan ditampal pada tulang setiap buku. 

Puan Arnny Yusnita tekun memasukkan data didalam sistem S-Lib serta guru – guru PSS (Puan Siti Maziah, Cik Amalina dan Puan Nur Malisha) saling menyiapkan tugas yang diberikan.

Disediakan oleh;
Nur Malisha Binti Omar.

Saturday 7 July 2018

Bengkel Sirkulasi 2


Tarikh   :      7 Julai 2018
Hari      :      Sabtu
Masa    :      9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat :      Ujana Ilmu SKTPP

Objektif Program : 
  1. Memberi pendedahan maklumat dalam pengurusan sistem sirkulasi.
  2. Memberikan pendedahan dalam melakukan tugasan peminjaman dan pemulangan bahan bacaan.
  3. Memberi pendedahan yang lebih terperinci dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
  4. Penerangan berkaitan tugas-tugas hakiki pengawas termasuk tugasan mengikut biro dan jawatankuasa dapat difahami dengan lebih terperinci.
  5. Memupuk sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dengan penuh beretika dan berdedikasi.

Murid-murid memilih buku yang hendak dipinjam

Pengawas mengecop tarikh pemulangan buku

Murid-murid beratur semasa meminjam buku.
Pengawas Ujana Ilmu merekodkan tarikh pemulangan buku.

Murid-murid bersemangat untuk mengikuti bengkel.

Murid-murid lelaki bersedia untuk mengikuti bengkel.

Tuesday 3 July 2018

Mesyuarat AJK Pelaksana Ujana Ilmu

"Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita"

Setelah melalui tahun yang mencabar pada tahun 2017, tahun ini sekali lagi Pusat Sumber SKTPP dipilih oleh pihak PPD Sepang untuk mewakili Daerah Sepang ke Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (APSSC) 2018. Pengalaman yang pernah dirasai pada tahun lepas menjadi pengajaran yang berguna bagi warga SKTPP dalam memastikan kejayaan untuk menjadi Johan bagi sesi  2018.

Oleh itu, suatu Mesyuarat AJK Pelaksana telah dijalankan pada 3 Julai 2018 yang lalu. Mesyuarat ini bertujuan untuk membahagikan tugas kepada semua guru SKTPP. Hal ini supaya guru dapat mengetahui tugas masing-masing dan saling membantu dalam mencapai kejayaan yang diinginkan. 

Bacaan doa diketuai Ust Mahadir bin Midun

Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali memulakan mesyuarat

Guru Besar Puan Rohaidah bersama mendengar penyampaian maklumat oleh Puan Arnny Yusnita

"Bersatu teguh bercerai roboh" azimat kata-kata yang dilontarkan oleh Puan Guru Besar, Puan Rohaidah semasa memberi kata alu-aluan sebelum mesyuarat diteruskan oleh Puan Arnny.


Puan Arnny sebagai Guru Penyelaras Ujana Ilmu merangkap Ketua AJK Pelaksana telah membentangkan kertas kerja cadangan perjalanan hala tuju kerja dengan begitu jelas dan sempurna. Ianya merangkumi anggota jentera pelaksana yang melibatkan semua guru SKTPP. Pembahagian tugas seperti ini amatlah penting kerana dengannya guru dapat fokus dan melahirkan kreativiti dengan tugas masing-masing.

Perbincangan berjalan dengan lancar

 

Guru-guru lelaki memberi perhatian kepada maklumat yang disampaikan


Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja,
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia.

Akhir sekali, semoga tugas yang diberikan dapat diselesaikan dengan jayanya. kesepaduan dan semangat kerjasama yang padu mampu membenihkan warna-warna kemanisan ukhuwah antara seluruh warga SKTPP. "Be the best, Beat the rest ". Wallahualam.

Monday 2 July 2018

Kad Buku Ujana Ilmu

Pagi yang indah ditemani cahaya mentari yang bersinar membuktikan betapa agungnya kekuasaan Allah menciptakan Alam dengan kesempurnaan. Syukur kepada Allah atas setiap kurniaanNya. 

"Alhamdulillah"


Hari ini hari Isnin bersamaan 2 Julai 2018, pihak Ujana Ilmu telah memberikan maklumat mengenai kad Buku Ujana Ilmu kepada seluruh warga SKTPP. 

Murid memberi perhatian kepada maklumat yang disampaikan

Penggunaan Kad Buku Ujana Ilmu sebagai suatu usaha Ujana Ilmu menjaga kesempurnaan buku-buku yang ada di Ujana Ilmu. Ianya bagi mengesan jika terdapat kehilangan buku yang dipinjam oleh warga SKTPP.

Puan Arny Yusnita memberi gambaran jelas mengenai kad buku Ujana Ilmu

Penyampaian maklumat telah disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita sebagai Guru Media & Guru Penyelaras SKTPP. Kemudahan kad buku ini selain sebagai usaha menjaga buku-buku yang ada ianya juga sebagai suatu usaha untuk memberikan kemudahan kepada seluruh warga SKTPP mendapatkan buku yang diinginkan.

Akhir sekali semoga sedikit usaha yang dilakukan ini dapat menjadikan Ujana Ilmu sebagai pusat ilmu yang sempurna untuk seluruh warga SKTPP. Sekian.