GB dan GPM; Pn. Siti Rabiaah bersama AJK Persembahan Video; En. Srimahathevan dan Pn. Arjunawati telah berbincang tentang storyboard dan gambaran bentuk persembahan multimedia yang akan disediakan. Semoga video yang akan dihasilkan kelak dapat memberi gambaran menyeluruh tentang visi & misi, hasrat pentadbir & murid, sudut & ruang, program & aktiviti serta semua aspek yang hendak dinilai...
Friday, 28 July 2017
Tuesday, 25 July 2017
Lawatan Penanda Arasan Pusat Sumber Cemerlang SMK DABB
Lawatan penanda arasan ke Pusat Sumber
Cemerlang SMK Dato’ Abu Bakar Baginda telah diadakan pada 25 Julai 2017. Tujuan
lawatan tersebut diadakan adalah untuk mendapat maklumat tentang penyediaan fail, penerangan tentang aspek-aspek yang dinilai, perkongsian idea dan melawat PSS dan bilik-bilik khas sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan Pusat
Sumber Cemerlang peringkat negeri tahun 2017.
Lawatan ini disertai seramai
sembilan orang guru yang diketuai oleh Puan Rohaidah binti Mohd Ali, selaku
Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Guru-guru yang menyertai lawatan ialah Puan Jumilah binti Ahmad (PK Petang), Puan Siti Rabiaah binti Mohammad, Puan Arnny Yusnita
binti Md. Enarji, Puan Azlina binti Mat Isa, Puan Nurliza binti Ab
Rahman, Puan Nor Arzah binti Hussin, Puan Rozimah binti Yaakob dan Puan Nur Malisha
binti Omar.
Terima kasih buat SMK DABB atas kesudian menerima rombongan kami. Banyak yang telah kami perolehi hasil lawatan tersebut. Setinggi-tinggi penghargaan khususnya buat Pengetua dan Guru Media SMK DABB atas layanan yang sangat mesra dan penerangan yang sangat mendalam. Semoga SMK DABB akan berjaya dalam perjuangan APPSC peringkat kebangsaan yang dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos ini. All the best!

Thursday, 13 July 2017
Mesyuarat Think Tank PSS
Mesyuarat serta perjumpaan Think Tank PSS SKTPP diadakan bertujuan untuk membincangkan tema, konsep, susun atur serta idea-idea major bagi persiapan untuk menghadapi Pertandingan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Peringkat Negeri Selangor 2017. Guru Media; Pn. Siti Rabiaah telah memberi maklumat dan laporan terkini yang diperolehi daripada Mesyuarat GPM Daerah Sepang serta dapatan hasil perkongsian ilmu dengan GPM sekolah-sekolah yang berpengalaman dalam pertandingan ini.
Terima kasih diucapkan atas komitmen semua ketua induk dan para pentadbir. Segala idea yang diberi amat bermakna sekali. Semoga ianya dapat diaplikasikan dalam merealisasikan sebuah PSS dan Sekolah Sumber terbaik sebagaimana yang dikehendaki...

Saturday, 8 July 2017
Mesyuarat Bersama Pegawai PKG
Tarikh: 7 Julai 2017
Tempat: Bilik Mesyuarat SKTPP
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan bagi memenuhi kriteria-kriteria yang terdapat dalam instrumen penghakiman. Pegawai Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang hadir ialah En. Mohamad bin Awang (Ketua PKG Salak) dan En. Azreen bin Shaharin (Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Salak). Terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi..
Tempat: Bilik Mesyuarat SKTPP