TARIKH : 10 Mac 2018
HARI : Sabtu
MASA : 8.00 – 12.00 tengahari
MATLAMAT:
Melatih dan mendedahkan pengawas pusat sumber sekolah
yang baru tentang pengurusan asas pusat sumber sekolah seperti membuat proses
teknik buku dan membaikpulih buku – buku yang rosak.
OBJEKTIF:
- Memberi pendedahan asas kepada pengawas dan AJK PSS tentang proses buku dengan betul.
- Meningkatkan kemahiran pengawas dan AJK PSS dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka khususnya dalam pengurusan bahan dan fizikal PSS.
KEBERHASILAN AKTIVITI:
- Peserta memperoleh ilmu pengetahuan dalam proses teknik buku dan bahan bukan buku yang betul
- Kesemua peserta bersemangat dan bersungguh-sungguh mengamalkan teknik yang dipelajari semasa bengkel itu.
GAMBAR - GAMBAR SEPANJANG BENGKEL TERSEBUT:
Puan Arnny Yusnita selaku GPM sekolah memberikan taklimat kepada semua peserta bengkel pada hari itu. |
Puan Arnny Yusnita selaku GPM sekolah menerangkan ada beberapa jenis buku yang harus dijadikan “red spot” atau rujukan di PSS. |
Pengawas – pengawas PSS melakukan proses cap PSS di dalam muka surat rahsia pada sesebuah buku. |
Adik Zuhry Zayyan menampal tarikh pemulangan buku di belakang muka depan buku. |
Pengawas – pengawas PSS menampal poket buku dan memasukkan kad pinjaman untuk buku - buku baharu. |
Puan Nur Malisha juga turut bersama – sama dengan peserta – peserta lain memproses buku – buku baharu. |
Disediakan oleh;
Nur Malisha binti Omar