Tarikh : 20 Febuari 2020 (Khamis)
Masa : 1.30 Petang
Tempat : Dewan Perdana
1. APA ITU PROGRAM 'FOS'?
Program 'FOS' atau Program Fokus 10 Minit adalah antara inisiatif Ujana Ilmu SKTPP bagi membudayakan amalan membaca dalam kalangan warga SKTPP khasnya para murid. Amalan membaca merupakan suatu budaya yang kritikal untuk diterapkan bagi semua lapisan umur agar Malaysia mampu melahirkan warganya yang berfikiran matang dan juga kritis.
Objektif FOS:
- mempromosikan program NILAM sekolah
- menyokong dan memantapkan pelaksanaan program NILAM
- memupuk budaya suka membaca sebagai asas ilmu
2. APA ITU PROGRAM 'DANA T10'?
Program 'DANA T10' atau Program Dana Tabung 10 sen merupakan suatu langkah Ujana Ilmu SKTPP bagi menyemai amalan menabung dalam diri murid-murid. Sumbangan yang dianggap kecil iaitu sebanyak 10 sen ini sebenarnya boleh membantu Ujana Ilmu dalam menyediakan peralatan serta bahan bacaan yang lebih berkualiti untuk kegunaan bersama.
Objektif 'DANA T10':
- menggalakkan pengunjung Ujana Ilmu dalam kalangan murid, guru dan staf
- menceriakan kiosk- kiosk di Ujana Ilmu
- menambah peralatan Ujana Ilmu untuk keselesaan pengguna
- menanam sikap suka menabung dalam kalangan murid dan warga sekolah
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung:
Disediakan oleh:
Pengacara Majlis: Pn. Nik Rosmaliza binti Nik Hussain |
Bacaan Doa: Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil |
Peneraju Utama: Pn. Arnny Yusnita selaku Guru Perpustakaan & Media (GPM) SKTPP |
Perasmi Program: Pn. Jumilah binti Ahmad (PK Petang) |
Gimik Pelancaran 'FOS'. Pn. Jumilah sedang menyusun puzzle berbentuk kotak. |
Gimik Pelancaran 'DANA T10'. Pn. Jumilah sedang memasukkan duit-duit syiling 10 sen ke dalam tabung dana. |
Antara wakil murid yang menyumbangkan duit 10 sen ke dalam tabung dana. |
Wakil guru dan murid bergambar bersama PK Petang, Pn. Jumilah binti Ahmad dan Pn. Arnny |
Disediakan oleh:
En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin