Pelancaran Minggu Bahasa dan Pusat Sumber Sekolah telah
diadakan pada hari Isnin, 7 Ogos 2017. Guru Besar; Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali telah menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Program Minggu Bahasa dan Pusat Sumber Sekolah. Kemudian, guru besar
dijemput untuk memalu gong dan menarik tali ‘bunting’ sebagai tanda
perasmian program tersebut.
Wakil daripada Team Blink PTS iaitu Encik Ali Imran bin Che
Yasin turut hadir untuk memeriahkan lagi program ini dan telah menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan
sepanjang minggu ini sebelum penampilan Maskot Blink yang telah menarik perhatian semua murid dan guru.
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak
PTS ialah:-
~~Jualan buku
~~Bengkel Penulisan Kreatif untuk murid Tahun 4 dan 5
Diharapkan program ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar.
Pengawas Pusat Sumber bergambar bersama maskot "transformer"
No comments:
Post a Comment