Tuesday, 30 January 2018

Jom Baca!

Program 5 Minit Membaca - Minggu Pertama

Tarikh     :   30 Januari 2018
Hari        :    Selasa
Masa       :    7.05 am - 7.15 am
Tempat   :   Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana

Syabas warga SKTPP! Alhamdulillah...baru saja semalam (29 Januari 2018 - Isnin) Pelancaran  Program 5 Minit Membaca peringkat sekolah dirasmikan, murid-murid SKTPP telah mula mengikuti program ini dengan penuh semangat dan minat.  Tahniah dan terima kasih kepada warga SKTPP yang telah menyahut cabaran serta menyokong padu program sekolah dalam meningkatkan prestasi NILAM.  Program 5 Minit Membaca yang diadakan pada setiap hari Selasa, bermula hari ini telah mendapat hati dalam kalangan murid SKTPP.  Seawal pukul 7.00 pagi, murid-murid telah bersiap sedia dengan bahan bacaan serta buku NILAM masing-masing.  Semoga semangat ini akan terus berkobar sepanjang tahun.  Syabas dan tahniah sekali lagi warga SKTPP!

Wajah-wajah riang murid-murid SKTPP:-


Khusyuk bersama bahan bacaan.

Mencatat informasi dalam buku NILAM.

Suasana di Dewan Perdana.

Cergas bersama bahan bacaan pada awal pagi.

Murid-murid santai membaca.

Murid bersama-sama buku NILAM.

Membaca sambil menghirup udara segar.

Murid tahun 4 Aurum juga turut serta membaca pada pagi ini.

Antara pembaca terawal pada pagi ini.

Murid sedang memilih bacan bacaan masing-masing.

'Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan'

Monday, 29 January 2018

Pelancaran Program 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah & Pameran Buku-Buku Baharu


Tarikh     :   29 Januari 2017
Hari        :   Isnin
Masa       :   7.45 - 8.15 (Sesi Pagi)
                  1.45 - 2.15 (Sesi Petang)
Tempat   :   Dewan Perdana, SKTPP

Pada hari ini, SKTPP dengan bangganya telah berjaya melancarkan program 5 Minit Membaca peringkat sekolah 2018 serta Pameran Buku-Buku Baharu.  Objektif program ini adalah:
  • Meningkatkan minat membaca dalam kalangan warga SKTPP terutamanya murid-murid.
  • Memberi pendedahan kepada warga SKTPP mengenai adanya Program 5 Minit Membaca.
  • Memberi peluang kepada seluruh warga SKTPP untuk melibatkan diri dalam program membaca.
  • Sebagai medium komunikasi antara Ujana Ilmu dan warga sekolah tentang wujudnya buku-buku baharu.
  • Menarik minat warga SKTPP untuk mengimarahkan Ujana Imu sebagai pusat informasi.
Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG Sekolah, Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian.  Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada peneraju utama SK Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Paparan warna-warni program yang sempat dirakamkan ketika majlis pelancaran berlangsung:-

Bunting Pelancaran 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah 2018.

Bunting Pameran Buku-Buku Baharu 2018.
Antara buku-buku baharu yang dipamerkan.

Pn. Nurliza binti Ab Rahman, Pustakawan Sekolah, sebagai juruacara majlis.

Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP, sedang menyampaikan ucapan.

Tuan Hj. Khairul Azhar bin Muhammad Suffian, YDP PIBG, turut serta memeriahkan dan merasmikan majlis.

YDP PIBG SKTPP, sedang memotong riben sempena pelancaran program.

Bunting Pelancaran Program 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah 2018.

YDP PIBG SKTPP, sedang memotong riben sempena Pameran Buku-Buku Baharu.

Suasana di atas pentas setelah selesai acara memotong riben pelancaran program.

Ustaz Hadri, akan menyempurnakan gimik program.

Ustaz Hadri sedang membuat gimik dan diperhatikan oleh barisan pentadbir.

Gimik yang amat dinanti-nantikan oleh semua warga SKTPP.

Sangkar kosong, antara props yang digunakan semasa gimik.

Unsur suspen yang amat mengujakan warga SKTPP!

Sekeping kertas akhirnya menjadi sebuah buku.

Ustaz Hadri menyerahkan buku tersebut kepada Puan Guru Besar.

Kemeriahan gimik pelancaran hasil idea Ustaz Hadri

Guru Besar SKTPP sedang menyampaikan cenderamata kepada YDP PIBG SKTPP.

Kegirangan melihat buku-buku baharu, jelas terpancar di wajah anak-anak didik SKTPP.

'Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan'

Thursday, 25 January 2018

Kursus Pemimpin Muda 2018

Brosur Kursus Pemimpin Muda 2018
Tarikh   :   25 Januari 2018
Hari      :   Selasa
Masa     :   8.00 - 9.00 pagi (Sesi Pagi)
                 1.30 - 2.30 petang (Sesi Petang)
Tempat :   Dewan Perdana

Hasil kolaborasi Ujana Ilmu serta Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPP, satu program Kursus Pemimpin Muda telah diadakan pada hari ini.  


Objektif utama program ini adalah :
  • Membimbing murid-murid melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab.
  • Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah.
  • Melahirkan pemimpin yang dapat menjadi murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.
  • Mewujudkan semangat kepimpinan yang tinggi dan dapat mewujudkan satu kumpulan yang bijak memimpin serta asertif.

Kursus ini juga memberi penekanan serta menitikberatkan tentang melahirkan pemimpin yang berkualiti.  Slot bidang tugas pengawas Ujana Ilmu telah disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji, selaku guru penyelaras Ujana Ilmu serta Puan Nurliza binti Ab Rahman, selaku Pustakawan Sekolah.  Manakala bagi sesi petang pula, taklimat bidang tugas tersebut telah disampaikan oleh Puan Nur Malisha binti Omar serta Puan Siti Maziah binti Muhammmad Tajuddin.  Majlis perasmian penutupan pula telah disempurnakan olen Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra perdana.

Paparan gambar sepanjang kursus dijalankan:-

Cik Roslinda binti Mansor, pengurus peserta kursus.

Peserta kursus sedang menunggu penceramah.

Sebahagian Pengawas Ujana Ilmu.

Kegembiraan yang terpancar di wajah peserta kursus.

Pn. Roslina (Guru PPKI), Pn. Arnny (GPM) & Pn. Nurliza (Pustakawan).

Barisan Pengawas Ujana Ilmu 2018.

Barisan guru serta pengawas Ujana Ilmu 2018.


'Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan'

Tuesday, 23 January 2018

Lawatan Penanda Arasan SK Sg. Rawang, SK BBST, SK DABB dan SK Taman Seroja

Tarikh   :   23 Januari 2018
Hari      :   Selasa
Masa   :   2.30 petang - 5.00 petang

Seramai 21 orang guru yang terdiri daripada 4 buah sekolah  iaitu, SK Sungai Rawang, SK Dato' Abu Bakar Baginda, SK Bandar Baru Salak Tinggi serta SK Taman Seroja telah mengadakan lawatan penanda arasan ke Pusat Sumber SKTPP atau Ujana Imu SKTPP.  Rombongan pelawat telah disambut oleh barisan pentadbir yang diketuai oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana.

Antara paparan gambar yang sempat dirakamkan ketika lawatan penanda arasan:-










Monday, 22 January 2018

Pelancaran Program "Jom Pinjam Dan Baca Buku, Cikgu"

Pelancaran Program "Jom Pinjam Dan Baca Buku, Cikgu" telah diadakan pada 22 Januari 2018 bertempat di Dataran Perdana, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP).

Program ini dijalankan bertujuan mendedahkan kepada guru tentang wujudnya program membaca NILAM di peringkat sekolah dan negeri, di samping diharap dapat menarik minat warga pendidik untuk melibatkan diri dalam program NILAM.  Dengan ini juga dapat mempromosikan Program NILAM kepada seluruh warga sekolah dan seterusnya memupuk budaya dan semangat membaca yang menjadi asas kepada ilmu pengetahuan.

Besarlah harapan agar program seperti ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga pendidik dan murid-murid SKTPP..

Pengacara majlis, Pn. Nurliza.

Bacaan doa.

Pelancaran oleh Pn. Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP.

Barisan pentadbir dan AJK NILAM

Guru-guru menjadi teladan terbaik.

Membaca tangga kejayaan.

Pekerja pembersihan turut memilih buku.

Guru Besar meminjam buku.

Guru Penolong Kanan HEM meminjam buku.