Tarikh : 29 Januari 2017
Hari : Isnin
Masa : 7.45 - 8.15 (Sesi Pagi)
1.45 - 2.15 (Sesi Petang)
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP
Pada hari ini, SKTPP dengan bangganya telah berjaya melancarkan program 5 Minit Membaca peringkat sekolah 2018 serta Pameran Buku-Buku Baharu. Objektif program ini adalah:
- Meningkatkan minat membaca dalam kalangan warga SKTPP terutamanya murid-murid.
- Memberi pendedahan kepada warga SKTPP mengenai adanya Program 5 Minit Membaca.
- Memberi peluang kepada seluruh warga SKTPP untuk melibatkan diri dalam program membaca.
- Sebagai medium komunikasi antara Ujana Ilmu dan warga sekolah tentang wujudnya buku-buku baharu.
- Menarik minat warga SKTPP untuk mengimarahkan Ujana Imu sebagai pusat informasi.
Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG Sekolah, Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada peneraju utama SK Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Paparan warna-warni program yang sempat dirakamkan ketika majlis pelancaran berlangsung:-
|
Bunting Pelancaran 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah 2018. |
|
Bunting Pameran Buku-Buku Baharu 2018. |
|
Antara buku-buku baharu yang dipamerkan.
|
|
Pn. Nurliza binti Ab Rahman, Pustakawan Sekolah, sebagai juruacara majlis. |
|
Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP, sedang menyampaikan ucapan. |
|
Tuan Hj. Khairul Azhar bin Muhammad Suffian, YDP PIBG, turut serta memeriahkan dan merasmikan majlis. |
|
YDP PIBG SKTPP, sedang memotong riben sempena pelancaran program. |
|
Bunting Pelancaran Program 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah 2018. |
|
YDP PIBG SKTPP, sedang memotong riben sempena Pameran Buku-Buku Baharu. |
|
Suasana di atas pentas setelah selesai acara memotong riben pelancaran program. |
|
Ustaz Hadri, akan menyempurnakan gimik program. |
|
Ustaz Hadri sedang membuat gimik dan diperhatikan oleh barisan pentadbir. |
|
Gimik yang amat dinanti-nantikan oleh semua warga SKTPP. |
|
Sangkar kosong, antara props yang digunakan semasa gimik. |
|
Unsur suspen yang amat mengujakan warga SKTPP! |
|
Sekeping kertas akhirnya menjadi sebuah buku. |
|
Ustaz Hadri menyerahkan buku tersebut kepada Puan Guru Besar. |
Kemeriahan gimik pelancaran hasil idea Ustaz Hadri
|
Guru Besar SKTPP sedang menyampaikan cenderamata kepada YDP PIBG SKTPP. |
|
Kegirangan melihat buku-buku baharu, jelas terpancar di wajah anak-anak didik SKTPP. |
'Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan'
No comments:
Post a Comment