"Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita"
Setelah melalui tahun yang mencabar pada tahun 2017, tahun ini sekali lagi Pusat Sumber SKTPP dipilih oleh pihak PPD Sepang untuk mewakili Daerah Sepang ke Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (APSSC) 2018. Pengalaman yang pernah dirasai pada tahun lepas menjadi pengajaran yang berguna bagi warga SKTPP dalam memastikan kejayaan untuk menjadi Johan bagi sesi 2018.
Oleh itu, suatu Mesyuarat AJK Pelaksana telah dijalankan pada 3 Julai 2018 yang lalu. Mesyuarat ini bertujuan untuk membahagikan tugas kepada semua guru SKTPP. Hal ini supaya guru dapat mengetahui tugas masing-masing dan saling membantu dalam mencapai kejayaan yang diinginkan.
Bacaan doa diketuai Ust Mahadir bin Midun |
Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali memulakan mesyuarat |
Guru Besar Puan Rohaidah bersama mendengar penyampaian maklumat oleh Puan Arnny Yusnita |
"Bersatu teguh bercerai roboh" azimat kata-kata yang dilontarkan oleh Puan Guru Besar, Puan Rohaidah semasa memberi kata alu-aluan sebelum mesyuarat diteruskan oleh Puan Arnny.
Puan Arnny sebagai Guru Penyelaras Ujana Ilmu merangkap Ketua AJK Pelaksana telah membentangkan kertas kerja cadangan perjalanan hala tuju kerja dengan begitu jelas dan sempurna. Ianya merangkumi anggota jentera pelaksana yang melibatkan semua guru SKTPP. Pembahagian tugas seperti ini amatlah penting kerana dengannya guru dapat fokus dan melahirkan kreativiti dengan tugas masing-masing.
Perbincangan berjalan dengan lancar |
|
Guru-guru lelaki memberi perhatian kepada maklumat yang disampaikan Indah sungguh warna pelangi, Tidak luput hingga senja, Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia. |
Akhir sekali, semoga tugas yang diberikan dapat diselesaikan dengan jayanya. kesepaduan dan semangat kerjasama yang padu mampu membenihkan warna-warna kemanisan ukhuwah antara seluruh warga SKTPP. "Be the best, Beat the rest ". Wallahualam.
No comments:
Post a Comment