Saturday, 20 April 2019

Gotong-Royong Persiapan APPSSCK 2019

Pada 20 April 2019 (Sabtu), satu program gotong-royong telah dijalankan secara besar-besaran. Program ini sebagai persiapan untuk Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan (APPSSCK) 2019. Program ini melibatkan usaha padu seluruh warga sekolah yang terdiri daripada guru-guru, staf sekolah dan pekerja kebersihan. Ibu bapa juga turut membantu untuk kerja-kerja di kelas Pendidikan Khas dan bilik Bitara Kriket. Kerja-kerja gotong-royong bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari yang meliputi seluruh kawasan sekolah.

Puan Rohaidah turut bersama bergotong-royong
Taklimat memproses buku di Ujana Ilmu
Kerja-kerja menyediakan sijil lahir Al-Quran
Perbincangan AJK Fail
AJK Bilik Tayang
AJK Anjung Semai
AJK Anjung Botani
AJK Bilik Sukan
Kerja-kerja membaik pulih papan tanda
Ibu bapa dan guru-guru menyiapkan Bilik Bitara Kriket
Pekerja pembersihan mengecat bangunan sekolah
Ibu bapa PPKI membersihkan kawasan PPKI
Kerja-kerja penambahbaikan Dataran perhimpunan
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program gotong-royong pada kali ini. Semoga segala usaha murni kita semua akan melayakkan kita memperoleh kejayaan.

No comments:

Post a Comment