Tarikh Perasmian : 6 Oktober 2023 (Jumaat)
Tema : Dongeng Melayu Klasik
Tahun ini Pusat Sumber SK Taman Putra Perdana telah sekali lagi menganjurkan Kempen Galakan Membaca dan Galak Guna Pusat Sumber yang turut melibatkan kolaborasi unit-unit di bawah Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, PPKI dan Prasekolah.
Kolaborasi ini sudah pastinya menyajikan pelbagai aktiviti menarik sepanjang sebulan kempen berlangsung.
Antara objektif kempen adalah :
- Sebagai satu medium untuk mempromosi program galakan membaca di sekolah.
- Sebagai wadah menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam menyokong dan memantapkan pelaksanaan program galakan membaca.
- Memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan.
- Menyemai sifat ingin tahu 'curiousity' melalui program literasi maklumat.
- Memperkukuhkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan murid.
- Melestarikan budaya membaca berkualiti sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid.
Mari sama-sama kita saksikan gambar dan video kenangan semasa majlis perasmian dan pelancaran Bulan Pusat Sumber Sekolah ini berlangsung.
|
Buku program |
|
Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil.
|
|
Ucapan aluan oleh AJK PIBG, Puan Sharmila binti Mohd Ishak
|
|
Ucapan Perasmian Bulan Pusat Sumber Sekolah oleh Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.
|
Dewan Perdana gamat dengan kehadiran maskot selepas majlis perasmian diadakan.
|
Sketsa bertajuk "Hikayat Raja Bersiong" sebagai gimik perasmian. |
|
Penerangan mengenai Program Pusat Sumber Sekolah oleh GPM, Puan Arnny Yusnita bt Md Enarji.
|
|
Barisan pentadbir, wakil PIBG, GPM dan pengerusi majlis.
|
|
Ceria wajah guru-guru sesi petang sewaktu majlis berlangsung.
|
|
Peserta persembahan sempena majlis perasmian.
|
|
Persembahan 1 : Nyanyian Solo dan Tarian Lemak Manis
|
|
Persembahan 2 : Tarian Joget Penghibur
|
|
Cenderamata dan Sijil Jalinan buat wakil Syarikat PTS Event & Exhibitions.
|
|
Pemenang Busana Terbaik Guru bertemakan Cerita Dongeng Melayu Klasik. |
|
Sesi fotografi sebagai kenang-kenangan. |
Disediakan oleh:
Maizara binti Mahat
No comments:
Post a Comment