Tuesday, 20 February 2018

Program Kemahiran Perpustakaan


Tarikh   :      20 Februari 2018
Hari      :      Selasa
Masa    :      9.30 - 10.50 pagi (sesi pagi)
                    3.20 - 4.10 petang (sesi petang)
Tempat :      Ujana Ilmu SKTPP

Objektif Program : 
  1. Membantu memudahkan murid mengesan lokasi maklumat yang hendak diperolehi.
  2. Menyediakan sistem mengesan maklumat yang sistematik mengikut jenis maklumat.
  3. Penggunaan Sistem Dewey ini juga dapat membantu murid mencari maklumat yang dikehendaki dengan cepat.
Buku-buku disusun mengikut bidang dan dinomborkan mengikut Sistem Dewey.

Murid-murid sedang mencari buku berdasarkan kod yang telah dilekatkan.

Setiap rak dilekatkan dengan kod dan bidang buku.

Murid-murid meletakkan semula buku yang telah dibaca pada kod rak yang betul.


Tuesday, 6 February 2018

Jom Baca Lagi!

Program 5 Minit Membaca - Minggu Ke-2

Tarikh     :   6 Februari 2018
Masa       :   7.05 am - 7.15 am
Temapt   :   Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana

Aktiviti Program Membaca 5 Minit pada hari ini telah dijalankan dengan jayanya.  Tepat pukul 7.00 pagi, kelihatan Pengawas Ujana Ilmu sudah mula mengedarkan bahan bacaan untuk rakan-rakan.  

Antara paparan wajah murid-murid yang sempat dirakamkan pada pagi ini:


Farah Adlina, 5 Tabla sedang tekun membaca.

Murid sedang memilih bahan bacaan dari kotak yang disediakan.

Murid tahun 6 Surgeri ceria membaca di pagi hari.

Suasana Program 5 Minit Membaca Minggu ke-2.

Salah satu tempat kegemaran murid SKTPP untuk santai membaca.

Murid sedang teruja memilih bahan bacaan kegemaran masing-masing.

Danish Akif, murid 5 Tabla, tenang menghabiskan sarapan bertemankan buku kegemarannya.

Barisan pengawas Ujana Ilmu yang tidak jemu membantu sepanjang program dijalankan.

Ujana Ilmu mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid SKTPP kerana bersungguh-sungguh menjayakan aktiviti pada pagi ini!

'Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan'