Monday, 27 May 2019
Sunday, 26 May 2019
Thursday, 23 May 2019
Pelancaran Program Jom Pinjam & Baca Buku, Cikgu dan Jom Pinjam & Baca Buku, Sayangku
Pada 23 Mei 2019 (Khamis), pelancaran program Jom Pinjam & Baca Buku, Cikgu dan Jom Pinjam & Baca Buku, Sayangku telah dilaksanakan di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana.
Objektif Program:
- Sebagai medium menyokong Kempen Dekad Membaca.
- Sebagai wadah mempertingkatkan dan memperhebatkan aktiviti NILAM di peringkat sekolah.
- Menyemai kesedaran di kalangan guru dan murid tentang kepentingan membaca.
- Menanam dan membentuk budaya membaca di kalangan warga sekolah.
- Mengoptimumkan penggunaan pusat sumber sekolah sebagai pusat akses maklumat.
- Mewujudkan kesedaran di kalangan warga sekolah tentang tanggungjawab menjaga dan memelihara buku yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan kata aluan Puan Nurliza binti Ab Rahman selaku pengacara majlis. Bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib. Seterusnya, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali telah menyampaikan ucapan pelancaran program ini, di mana beliau telah menekankan kepentingan membaca dan sekaligus menyempurnakan slot kemuncak iaitu gimik pelancaran.
Jom, kita tonton video sepanjang program pelancaran dijalankan.
Sesi 'Jom Pinjam & Baca Buku' oleh Pentadbir Sekolah
'Jom Pinjam & Baca Buku' Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar) |
'Jom Pinjam & Baca Buku' Puan Azizah binti Mokhlas (PK Pentadbiran) |
'Jom Pinjam & Baca Buku' Puan Rosmah binti Jamat (PK HEM) |
'Jom Pinjam & Baca Buku' Encik Shahrizal bin Ya'am (PK Kokurikulum) |
'Jom Pinjam & Baca Buku' Puan Norhamizah binti Hamzah (PK PPKI) |
'Jom Pinjam & Baca Buku' Puan Jumilah binti Ahmad (PK Petang) |
Monday, 20 May 2019
Sunday, 19 May 2019
Friday, 17 May 2019
Thursday, 16 May 2019
Jom Singgah Anjung Tradisi
Anjung Tradisi merupakan antara lokasi persinggahan yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid ketika berehat semasa Rehat, semasa datang dan nak balik sekolah atau ketika bersantai. Banyak info literasi disediakan di sini. Diharap murid-murid dapat menjaga harta benda yang ada di anjung tersebut di samping menggunakannya dengan sebaik mungkin bersama rakan-rakan...
Saturday, 4 May 2019
Friday, 3 May 2019
Thursday, 2 May 2019
Pelancaran 3R (Reduce, Reuse, Recycle)
Pelancaran 'Reduce, Reuse, Recycle' telah diadakan pada hari Khamis, 2 Mei 2019 di Dewan Perdana. Program ini dijadikan platform untuk menyebarkan maklumat tentang definisi dan cara pengamalan 3R agar pelajar sedar kepentingan 3R dan menghayatinya demi mengurangkan pembuangan sisa.
'REDUCE, REUSE, RECYCLE' untuk wujudkan suasana persekitaran yang lebih hijau dan selesa.
Gambar-gambar di bawah menunjukkan cara untuk mengamalkan 3R dalam kehidupan seharian.
Cara mengasingkan sisa yang boleh dikitar semula dan sisa yang perlu dilupuskan.
https://www.ekuntum.com.my/page.php?id=10
Gambar - gambar yang dirakam sewaktu pelancaran.
Guru - guru |
Pengerusi majlis |
Penerangan 3R |
Pelancaran oleh Guru Besar |
Gimik pelancaran |
Gimik pelancaran |
Guru Besar bersama barisan pentadbir |
Subscribe to:
Posts (Atom)