Monday, 7 December 2020

Johan Tokoh NILAM, Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Daerah Sepang 2020

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada wakil SKTPP, adik Rayyan Hayy bin Zunaizan (5 Jujur), kerana telah dinobatkan sebagai Tokoh NILAM Sekolah Rendah, Kategori Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Sepang 2020.  Beliau telah berjaya melayakkan diri mewakili Daerah Sepang ke Pertandingan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Selangor. Semoga kejayaan beliau akan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain untuk terus maju. Pertandingan tersebut  telah diadakan pada 18 - 19 November 2020, secara atas talian dan telah disertai oleh seramai 15 orang murid, yang mewakili 12 buah sekolah seluruh daerah Sepang.


Keputusan pertandingan yang diumumkan melalui Google Meet.


Ketika pertandingan Tokoh NILAM sedang berlangsung.


Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP turut memberi sokongan semasa persiapan dan latihan sebelum pertandingan.


Folio calon juga turut diadili dalam pertandingan.



Semoga Rayyan terus bersemangat mengharumkan nama sekolah di peringkat yang seterusnya.

Disediakan oleh :
Pn. Arnny Yusnita binti Md. Enarji

Monday, 27 July 2020

Tangga ke Ujana Ilmu Berwajah Baru

Tangga menuju ke Ujana Ilmu telah dicat baru.. Terima kasih atas sumbangan kewangan oleh ADUN Dengkil; YB Adhif Syan bin Abdullah kerana telah merealisasikan hasrat naiktaraf lanskap PSS kami. Semoga terus bersemangat..



Saturday, 7 March 2020

Pelancaran Program Fokus 10 Minit 'FOS' & Dana Tabung 10 Sen 'Dana T10' (Sesi Petang)

Tarikh    : 20 Febuari 2020 (Khamis)
Masa      : 1.30 Petang
Tempat   : Dewan Perdana

1. APA ITU  PROGRAM 'FOS'?
Program 'FOS' atau Program Fokus 10 Minit adalah antara inisiatif Ujana Ilmu SKTPP bagi membudayakan amalan membaca dalam kalangan warga SKTPP khasnya para murid. Amalan membaca merupakan suatu budaya yang kritikal untuk diterapkan bagi semua lapisan umur agar Malaysia mampu melahirkan warganya yang berfikiran matang dan juga kritis. 

Objektif FOS:
  • mempromosikan program NILAM sekolah
  • menyokong dan memantapkan pelaksanaan program NILAM
  • memupuk budaya suka membaca sebagai asas ilmu

2. APA ITU PROGRAM 'DANA T10'?
Program 'DANA T10' atau Program Dana Tabung 10 sen merupakan suatu langkah Ujana Ilmu SKTPP bagi menyemai amalan menabung dalam diri murid-murid. Sumbangan yang dianggap kecil iaitu sebanyak 10 sen ini sebenarnya boleh membantu Ujana Ilmu dalam menyediakan peralatan serta bahan bacaan yang lebih berkualiti untuk kegunaan bersama. 

Objektif 'DANA T10':
  • menggalakkan pengunjung Ujana Ilmu dalam kalangan murid, guru dan staf 
  • menceriakan kiosk- kiosk di Ujana Ilmu
  • menambah peralatan Ujana Ilmu untuk keselesaan pengguna
  • menanam sikap suka menabung dalam kalangan murid dan warga sekolah
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung:

Pengacara Majlis: Pn. Nik Rosmaliza binti Nik Hussain

Bacaan Doa: Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil

Peneraju Utama: Pn. Arnny Yusnita selaku Guru Perpustakaan & Media (GPM) SKTPP
Perasmi Program: Pn. Jumilah binti Ahmad (PK Petang)

Gimik Pelancaran 'FOS'.
Pn. Jumilah sedang menyusun puzzle berbentuk kotak. 
Gimik Pelancaran 'DANA T10'.
Pn. Jumilah sedang memasukkan duit-duit syiling 10 sen ke dalam tabung dana.

Antara wakil murid yang menyumbangkan
duit 10 sen ke dalam tabung dana.

Wakil guru dan murid bergambar bersama PK Petang, Pn. Jumilah binti Ahmad dan Pn. Arnny 

Disediakan oleh:
En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin

Thursday, 20 February 2020

Pelancaran Program Fokus 10 Minit “FOS” dan Dana Tabung 10 Sen “Dana T10” 2020 (Sesi Pagi)

Tarikh      : 20 Februari 2020
Hari          : Khamis
Masa        : 7.30 pagi
Tempat     : Dewan Perdana, SKTPP

Buku program Pelancaran Fokus 10 Minit "FOS" dan Dana Tabung 10 Sen "Dana T10"

Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan adunan atau gabungan semua aktiviti yang dijalankan di sekolah dengan pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah yang dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah murid tamat persekolahan. Dalam menyokong dan meneruskan program ini, maka pihak Pusat Sumber Sekolah (Ujana Ilmu) telah merangka dan merancang pelbagai aktiviti yang melibatkan seluruh warga sekolah. Program Fokus 10 Minit atau “FOS” adalah salah satu wadah dan seruan kepada semua murid dan guru agar terus membugarkan amalan membaca.

Pengiktirafan yang sesuai mengikut pencapaian pembacaan murid dan guru wajar diberi penghargaan agar amalan positif ini terus sebati dalam kehidupan. Tabung Dana 10 Sen (Dana T10) yang julung-julung kalinya diperkenalkan di sekolah ini adalah sebagai langkah awal menyemai amalan menabung dalam diri murid. Sumbangan yang dianggap kecil sebenarnya boleh membantu Ujana Ilmu dalam menyediakan peralatan serta bahan bacaan untuk kegunaan bersama.

Di antara objektif program Fokus 10 Minit “FOS” ini ialah:
  • Mempromosi program NILAM di sekolah.
  • Menyokong dan memantapkan pelaksanaan program NILAM.
  • Memupuk budaya suka membaca sebagai asas ilmu pengetahuan.

Manakala, objektif program Tabung Dana 10 Sen “Dana T10” ialah:
  • Menggalakkan pengunjung pusat sumber dalam kalangan murid, guru serta staf sekolah.
  • Menceriakan kiosk-kiosk di pusat sumber.
  • Menambah peralatan pusat sumber untuk keselesaan pengguna.
Bunting Program Fokus 10 Minit "FOS"

Bunting Program Dana T10

Pelancaran program ini telah bermula pada jam 7.30 pagi yang dimulakan dengan ucapan aluan pengacara majlis oleh Pn. Noor Hayati Binti Yusof dan kemudiaannya disambung dengan bacaan doa oleh Ustaz Mahadir Bin Midun dengan harapan dan pergantungan kita kepada ALLAH supaya majlis dan program yang dirancang mencapai matlamat yang diinginkan. 

Pn. Noor Hayati Binti Yusof selaku pengerusi majlis yang sentiasa menceriakan program sekolah

Bacaan Doa oleh Ustaz Mahadir Bin Midun

Murid-murid yang sama-sama menyokong program yang dianjurkan

Barisan jawatankuasa pelaksana yang bertungkus lumus dalam menjayakan program

Barisan pentadbir yang hadir bersama memeriahkan majlis

Guru-guru yang menjadi tonggak kecemerlangan sekolah sentiasa hadir menyokong program sekolah

Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji selaku Guru Perpustakaan dan Media (GPM) telah memberikan taklimat berkaitan dengan dua program yang dianjurkan oleh Ujana Ilmu SKTPP. Pendedahan dan informasi berkaitan dengan program yang dijalankan ini membolehkan murid, guru serta semua warga sekolah memahami tujuan penganjurannya.

Puan Arnny Yusnita Binti Md. Enarji selaku Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

Pn. Arnny Yusnita Binti Md. Enarji memberikan pendedahan dan maklumat terperinci berkaitan dengan program yang akan dijalankan

Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali dan diikuti dengan gimik perasmian yang turut sama disempurnakan oleh barisan pentadbir sekolah.

Pn. Hajah Rohaidah sedang memberikan ucapan sekaligus merasmikan Pelancaran Program Fokus 10 Minit “FOS” dan Dana Tabung 10 Sen “Dana T10” bagi tahun 2020 

Acara gimik perasmian

Guru Besar memasukkan duit 10 sen sebagai tanda sokongan kepada program yang dirasmikan

Puan Azizah binti Mokhlas turut sama menjayakan gimik perasmian

Datin Noraizah binti Dun yang merupakan PK Hal Ehwal Murid sama-sama menjayakan gimik perasmian

Gimik perasmian diakhiri dengan Pn. Norhamizah binti Hamzah selaku PK PPKI 

Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama barisan pentadbir dan jawatankuasa pelaksana program. Diharapkan agar program ini akan memberi satu nafas baru ke arah kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah di atas moto “UJANA ILMU WADAH KECEMERLANGAN”

Barisan pentadbir bergambar kenangan bersama jawatankuasa pelaksana program

Murid-murid SKTPP seronok menjayakan program yang dijalankan

Aqil Fahim memasukkan duit 10 sen ke dalam tabung Dana T10 sebagai tanda sokongan

Murid-murid yang lain turut sama bergambar kenangan selepas tamat majlis pelancaran

Disediakan oleh :
Syahirah Tumar