NAMA PROGRAM: Bengkel Memproses Buku dan Bahan Bukan Buku Fasa 2
TARIKH : 14 Julai 2018
HARI : Sabtu
MASA : 8.00 – 12.00 tengahari
MATLAMAT:
Melatih dan mendedahkan guru – guru PSS tentang
pengurusan asas pusat sumber sekolah seperti membuat proses teknik buku menggunakan
sistem S-Lib dan membaikpulih buku – buku yang rosak.
OBJEKTIF:
- Memberi pendedahan asas kepada guru – guru PSS tentang proses buku dengan betul menggunakan system S-Lib yang baharu.
- Meningkatkan kemahiran guru – guru PSS dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka khususnya dalam pengurusan bahan dan fizikal PSS.
KEBERHASILAN AKTIVITI:
- Peserta memperoleh ilmu pengetahuan dalam proses teknik buku dan bahan bukan buku yang betul.
- Kesemua peserta bersemangat dan bersungguh-sungguh mengamalkan teknik yang dipelajari semasa bengkel itu.
GAMBAR - GAMBAR SEPANJANG BENGKEL TERSEBUT:
Puan Arnny Yusnita selaku GPM sekolah menunjukkan cara yang betul menggunakan sistem S-Lib untuk memproses buku pada hari itu. |
Cik Amalina dan Cik Nur Affiqah menampal poket buku dan memasukkan kad pinjaman untuk buku - buku baharu. |
Cik Nur Affiqah memasukkan kad pinjaman untuk buku - buku baharu. |
Puan Siti Maziah menulis maklumat buku pada poket buku serta di kad pinjaman pada setiap buku baharu. |
Cetakan nombor panggilan daripada sistem S-Lib yang akan ditampal pada tulang setiap buku. |
Puan Arnny Yusnita tekun memasukkan data didalam sistem S-Lib serta guru – guru PSS (Puan Siti Maziah, Cik Amalina dan Puan Nur Malisha) saling menyiapkan tugas yang diberikan. |
Disediakan oleh;
Nur Malisha Binti Omar.
No comments:
Post a Comment