Pada
11 Oktober 2018, Mesyuarat Guru Perpustakaan Dan Media (GPM) Bilangan 2 telah diadakan
bertempat di Terminal Muafakat, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Seramai 42 orang Guru Perpustakaan dan Media
(GPM) Daerah Sepang telah menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik
Azreen; Pegawai Pusat Kegiatan Guru (PKG) Salak. Pegawai PPD; Pn. Hajah Siti Aisyah binti Aziz turut
hadir dalam mesyuarat ini. Antara
perkara-perkara yang dibincangkan termasuklah program-program yang bakal
dijalankan sehingga hujung tahun dan perkara-perkara berbangkit serta segala
isu yang berkaitan dengan GPM.
Di
samping bermesyuarat, pegawai-pegawai PPD dan semua GPM berkesempatan melawat
Ujana Ilmu yang pada waktu ini berada dalam proses persediaan bagi penilaian
Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang (APPSC) peringkat Negeri Selangor.
Para peserta mesyuarat juga dibawa melawat ke Bilik Bitara Kriket dan Bilik Sumber PPDa SKTPP..
Paparan info mesyuarat |
GPM mendengar penyampaian mesyuarat |
GPM mencatat kandungan mesyuarat |
Guru-guru yang hadir |
Guru Besar, Pn.Rohaidah bt Mohd. Ali dan Pegawai PPD, Pn. Siti Aisyah bt Aziz |
Bergambar kenangan di depan Bilik Sumber PPDa |
No comments:
Post a Comment