Pada 5 Mac 2021 (Jumaat), telah diadakan Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2021 secara atas talian menggunakan aplikasi ‘Google Meet’. Majlis telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Azizah binti Mokhlas mewakili Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.
(Untuk rekod : Pusat Sumber SKTPP dikenali sebagai Ujana Ilmu)
Objektif Program:
1. Sebagai medium memperkenalkan kepada warga sekolah tentang wujudnya pengawas pusat sumber sebagai pemimpin muda yang dilantik khas oleh pihak sekolah untuk membantu melancarkan pengurusan sumber bahan pembelajaran dan program sekolah.
2. Membina keyakinan serta jati diri Pengawas Pusat Sumber sebagai pemimpin muda.
3. Memberi pengiktirafan kepada Pengawas Pusat Sumber terhadap tanggungjawab yang digalas dan khidmat bakti terhadap sekolah.
4. Memberi kesedaran kepada Pengawas Pusat Sumber tentang pentingnya peranan mereka terhadap sekolah.
Atur Cara Majlis:
Poster dan Buku Program Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2021 yang telah disediakan dalam bentuk ‘Anyflip’ oleh Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji.
Poster Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2021 |
Buku Program Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2021. Klik sini untuk paparan penuh buku program. |
Majlis telah di'host'kan oleh Puan Umi Nazrah melalui aplikasi 'Google Meet' |
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari pengacara majlis, Puan Noor Hayati binti Yusof |
Barisan Pengawas Pusat Sumber yang telah menyertai majlis pelantikan pada hari ini |
Bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Mustafid |
Taklimat kepada barisan Pengawas Pusat Sumber telah disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita selaku GPM |
Puan Azizah binti Mokhlas telah merasmikan majlis pelantikan pada hari ini mewakili guru besar |
Gambar dari video senarai Pengawas Pusat Sumber 2021 |
Gambar dari video senarai Pengawas Pusat Sumber 2021 |
Seterusnya, bacaan ikrar Pengawas Pusat Sumber juga telah dilafazkan oleh semua Pengawas Pusat Sumber tahun 2021 dipimpin oleh Ketua Pengawas Pusat Sumber adik Muhammad Harith bin Mohammad Radhi dari kelas 6 Intelek.
Paparan semasa bacaan ikrar dilaksanakan |
Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2021 selesai pada jam 11.30 pagi.
Diharapkan agar pengiktirafan yang telah diberikan kepada semua Pengawas Pusat Sumber ini akan menaikkan semangat mereka dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan seterusnya menjadi contoh teladan yang baik kepada semua murid.
Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar Pn. Rohaidah binti Mohd Ali, barisan pentadbir, ahli jawatankuasa pelaksana, guru-guru dan barisan Pengawas Pusat Sumber yang telah memberi sokongan dan kerjasama sepanjang perancangan dan pengendalian majlis.
No comments:
Post a Comment