Laporan Minggu Ketiga
Tarikh: 17 - 21 Oktober 2022
Minggu ketiga Bulan Pusat Sumber diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang membabitkan murid Tahap 2. Antara aktiviti yang dijalankan seperti :
1. Sihat 10 minit
2. Lawatan Pusar Sumber
3. Teroka 10 minit (aktiviti membaca individu)
4. Pertandingan azan
5. Pertandingan reka cipta bahan kitar semula
6. Pertandingan Nyanyian
Gambar sekitar aktiviti yang dijalankan:
Laporan Minggu Keempat
Tarikh: 27 - 28 Oktober 2022Minggu ini sesi persekolaham hanya berjalan selama dua hari iaitu hari Khamis dan Jumaat bersempena cuti Perayaan Hari Deepavali bermula 22 Oktober 2022 (Sabtu) hingga 26 Oktober 2022 (Rabu). Pada masa yang sama, minggu ini juga merupakan minggu terakhir bagi ulan Oktober yang mana merupakan minggu Penutupan Bulan Pusat Sumber (Ujana ilmu) yang berjalan selama satu bulan sepanjang bulan Oktober ini. Alhamdulillah selama dua hari ini sesi persekolahan berjalan dengan lancar dan baik. Semua guru dan murid memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Pusat Sumber.
Gambar sekitar aktiviti yang dijalankan:
Inilah serba sedikit memori sepanjang melaksanakan Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber. Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan sangat meriah sekali. Semoga kemeriahan Bulan Pusat Sumber ini dapat memberi kesan yang amat dalam kepada diri murid-murid dan warga SKTPP mengenai pentingnya budaya suka membaca bagi meningkatkan ilmu pengetahuan supaya menjadi invidu yang berjaya, kreatif, inovatif, progresif dan produktif. Malah semangat seperti ini juga dapat membentuk pemuafakatan antara guru-guru, warga sekolah dan murid-murid. Semoga majlis dan program seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan meriah lagi pada masa akan datang.
Disediakan oleh :
Ustazah Mas Ayu
No comments:
Post a Comment