Monday 27 April 2015

Pelancaran Program Galakan Membaca (NILAM) 2015

Hari       : Isnin
Tarikh   : 30 Mac 2015
Masa    : 7.20 pagi
Tempat: Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana
Perasmi: Pn. Rohaidah Bt. Mohd Ali (Guru Besar SKTPP)
Penyelaras: 
    - Pn. Siti Rabiaah bt Mohammad (Pagi)
    - Pn Arnny Yusnita bt Md Enarji  (Petang)


Pelaksanaan program NILAM yang dianjurkan oleh Pusat Sumber SKTPP adalah untuk
membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar-pelajar bagi melahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan.

LATAR BELAKANG

Program NILAM adalah merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai kepada pelajar yang mencapai tahap yang tertentu.  Program NILAM adalah satu aktiviti galakan membaca yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memupuk tabiat membaca dalam kalangan pelajar-pelajar khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai tabiat membaca di negara ini.  Kajian tersebut mendapati taraf membaca di kalangan rakyat Malaysia masih rendah.  Kajian mengenai tabiat membawa yang dijalankan oleh Perpustakaan Negeri Malaysia pada tahun 1996 (melalui Frank Small & Associates) menunjukkan adanya perbezaan ketara antara kadar literasi dan tabiat membaca. Kadar literasi negara mencapai 93% manakala kadar mereka yang membaca hanya mencapai 87% sahaja.  Kajian juga mendapati rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun.

Data tahun 2006 pula menunjukkan sebanyak 84.43% murid-murid di Malaysia melibatkan diri dalam Program NILAM.  Purata buku yang dibaca oleh pelajar yang terlibat dalam program NILAM ialah 4 buah buku setahun.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program adalah seperti yang berikut:
  1. Memupuk budaya membaca dalam kalangan murid SKTPP sekaligus memberi kesedaran  berterusan.
  2. Meningkatkan masa membaca yang berfaedah dalam kalangan pelajar sama ada di pusat sumber atau di luar pusat sumber sekolah. 
  3. Melahirkan apresiasi terhadap sesuatu karya sihat yang dibaca.
  4. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
  5. Melahirkan tokoh murid yang berketrampilan dalam pembacaan,  mempunyai sifat kepimpinan,  berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas.
Melahirkan pelajar yang cintakan bahan bacaan dan sebagai satu budaya.
Antara gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung





Sunday 8 March 2015

Projek Naik Taraf Pusat Sumber 2015

 Pada hari Sabtu 7hb Mac 2015 kerja-kerja memasang alas meja dan skirting telah dijalankan untuk menceriakan  dan memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang ke Pusat sumber Sekolah.

Meja sebelum proses pemasangan alas dan skirting. 

Kerja-kerja pemasangan alas dan skirting meja.

Meja-meja pusat sumber telah siap dipasang alas dan skirting.


Semoga semua pengunjung PSS dapat bersama-sama menjaga meja-meja dan bahan yang ditampal
 di atasnya dengan baik dan tahan lama.Kejasama daripada semua amat dihargai.

 

Sunday 15 February 2015

Kursus Pemantapan Jati Diri Pengawas Pusat Sumber 2015

Tarikh : 14 Februari 2015
Masa   :  7.30 pagi - 1.00 petang
Tempat :  SKTPP

Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit Pusat Sumber SKTPP ini telah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan seramai 88 orang peserta yang terdiri daripada Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Ia diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pengawas dan melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain. Fasilitator jemputan iaitu Encik Isma Izuan, Encik Hanif bin Subki dan rakan-rakan dari IMPAC telah berjaya menarik minat pengawas dengan slot-slot ceramah mereka yang mengesankan serta banyak memberi kata-kata semangat. Berikut ialah aktiviti bergambar yang telah dirakamkan sepanjang program tersebut berlangsung...

Para peserta sedang berbaris untuk  mendaftarkan diri.

Bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Mahadir bin Midun.

Pesrta khusyuk mendengar ceramah.

Peserta sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pn Siti Rabiaah bt Mohammad selaku Penyelaras PSS.

Bergambar kenangan selepas selesai program.

"Kami Benci DARIH"


Wednesday 28 January 2015

Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2015


Pada pagi ini, 26 Januari 2015 telah berlangsungnya majlis pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi sesi 2015.  Majlis ini telah diadakan di tapak perhimpunan SK Taman Putra Perdana. Seramai 72 orang murid daripada tahun 4,5,dan 6 telah dipilih untuk menjadi Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi sesi pagi. Majlis pelantikan telah disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan SKTPP dari Balai Polis Putra Perdana Puchong. (Koperal Nik Mohd Nizam Bin Ramli)

Ketua Pengawas Pusat Sumber  : Wafin Wardah binti Rizal
Pen. Ketua Pengawas                  :  Muhammad Irsyad Ilham bin Reki


Antara paparan yang boleh dikongsi semasa majlis berlangsung.
Para pengawas Pusat Sumber berbaris mengambil tempat selepas
majlis penyampaian surat pelantikan.

Para Pengawas Pusat Sumber dengan simbolik "Benci Dadah"

Bersiap sedia untuk membaca ikrar.


Bacaan ikrar diketuai oleh Muhammad Irsyad Ilham 
Penyampaian cenderamata kepada tetamu jemputan.


Pn Rohaidah sedang  menyampaikan ucapan.

Bergambar kenangan selepas majlis pelantikan.

Nur Alya Sofea sedang menerima surat pelantikan.

Pengawas Pusat Sumber bersama pengawas sekolah.