Tuesday 26 April 2016

Jom Membaca untuk 10 Minit

 Pada 25 April 2016 (Isnin) tepat jam 11.00 pagi telah berlangsungnya program Jom Baca Bersama untuk 10 minit dan berakhir jam 11.10 pagi. Program ini telah dijalankan secara serentak di seluruh negeri Selangor. Di SK Taman Putra Perdana, semua warga sekolah turut melibatkan diri dalam program ini dengan membaca di  Dewan Perdana, kelas dan pejabat sekolah.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendorong rakyat Malaysia membaca dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis:


Murid-murid Tahun 6 membaca di Dewan Perdana



Aktiviti Jom Baca di dalam kelas






Guru-guru dan staf turut melibatkan diri dalam program Jom Baca





Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti Jom Baca untuk  10 minit. Semoga aktiviti ini dapat menarik minat membaca dalam kalangan warga SKTPP.