Tuesday 23 August 2016

Majlis Pelancaran Program Bersama Blink Book PTS

    Majlis Pelancaran Program Bersama Blink Book PTS telah diadakan pada hari ini. Bagi sesi pagi, majlis bermula jam 8.30 manakala sesi petang pukul 1.30 petang.
   Program ini adalah kerjasama Pusat
Sumber sekolah dengan pihak Blink PTS. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Puan Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana.
   Matlamat program ini adalah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan warga sekolah dan melahirkan murid yang berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang melalui pembacaan buku ilmiah.

Antara aktviti yang disediakan adalah seperti pelancaran maskot Milo, Kembara NILAM, pameran dan jualan buku.

Antara paparan yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung...

Sesi Pagi





















Sesi Petang






Tuesday 26 April 2016

Jom Membaca untuk 10 Minit

 Pada 25 April 2016 (Isnin) tepat jam 11.00 pagi telah berlangsungnya program Jom Baca Bersama untuk 10 minit dan berakhir jam 11.10 pagi. Program ini telah dijalankan secara serentak di seluruh negeri Selangor. Di SK Taman Putra Perdana, semua warga sekolah turut melibatkan diri dalam program ini dengan membaca di  Dewan Perdana, kelas dan pejabat sekolah.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendorong rakyat Malaysia membaca dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis:


Murid-murid Tahun 6 membaca di Dewan Perdana



Aktiviti Jom Baca di dalam kelas






Guru-guru dan staf turut melibatkan diri dalam program Jom Baca





Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti Jom Baca untuk  10 minit. Semoga aktiviti ini dapat menarik minat membaca dalam kalangan warga SKTPP.

Tuesday 29 March 2016

Pelancaran Minggu Membaca bersama PTS

 Alhamdulillah pada 28 Mac 2016 Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan majlis Pelancaran Minggu Membaca Bersama PTS dengan jayanya. Minggu Membaca ini bermula pada 28 hingga 31 Mac 2016. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pn Jamilah binti Ariffin, PK HEM bagi sesi pagi manakala sesi petang oleh Pn Rosmah binti Jamat.

Program tersebut adalah salah satu aktiviti dalam Program Galakan Membaca NILAM yang telah pun dilancarkan pada 26 Februari 2016 yang lepas. Ianya bertujuan untuk merangsang dan menarik minat membaca dalam kalangan murid khususnya dan seluruh warga SKTPP amnya. Banyak aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut. Antaranya ialah Slot Ulat Buku Bersama PTS, Bengkel Penulis Cilik dan Menulis novel serta Bengkel Melukis Komik.

Diharapkan semua murid dan warga SKTPP dapat meluangkan masa untuk berkunjung ke booth pameran untuk membeli dan membaca buku yang disediakan untuk menambah ilmu kerana amalan membaca perlu dipupuk untuk melahirkan warga yang berpengetahuan tinggi. Sesungguhnya membaca adalah nadi ilmu.

Antara paparan yang dapat dikongsikan bersama.

                          SESI PAGI

Simbolik perasmian

Pn Nurliza binti Ab Rahman selaku pengacara majlis

Pn Jamilah binti Ariffin, PK HEM sedang memberi ucapan


PK HEM memotong riben bagi merasmikan majlis

Menandatangani untuk kenangan


Bersama membenci DARVIH

Penyampaian cenderamata oleh wakil PTS Cik Nor Hidayu binti Mohd Shamsudin

Aktiviti membaca oleh guru-guru

Aktiviti membaca dalam kalangan murid
                 
                      SESI PETANG

Pn Arnny Yusnita selaku pengacara majllis bagi sesi petang

Pn Rosmah binti Jamat sedang memberi ucapan perasmian



Penyampaian cenderamata oleh wakil PTS