Saturday 27 July 2019

Berita Penilaian APPSSCK SKTPP di fbook ITMA UPM

Dikongsikan di sini posting berkaitan Anugerah Penilaian Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan (APPSSCK) 2019 di SKTPP dalam facebook ITMA, UPM. Setinggi-tinggi penghargaan buat pihak ITMA UPM kerana memilih SKTPP dalam program pemindahan ilmu yang sangat mengujakan ini. Semoga anak-anak murid mendapat maklumat dan pengetahuan tambahan daripada projek-projek tersebut. Terima kasih kerana bersama-sama kami memeriahkan penilaian APPSSCK tempoh hari. Kehadiran kalian merupakan bonus kepada pihak sekolah. Semoga ada rezeki buat kita nanti. Aamiin..


Wednesday 24 July 2019

Penilaian APPSSC Kebangsaan 2019

Selesai sudah Penilaian Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan (APPSSCK) 2019. Terima kasih atas komitmen guru-guru, murid-murid, PIBG, ibu bapa serta komuniti dalam membuat persiapan kebangsaan ini. Kesabaran dan kesungguhan kunci naskhah kita hari ini. Semoga kejayaan dapat kita miliki.. aamiin..























Tuesday 16 July 2019

Raptai Penuh APPSSC Kebangsaan 2019

Terima kasih buat Tuan KPPD Sepang; Tn. Hj. Arbain bin Pinni, para pegawai BTPN dan PKG serta YDP PIBG atas komitmen menjayakan Majlis Raptai Penuh Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan (APPSSCK) 2019. Terima kasih atas segala sumbangsaran, cadangan penambahbaikan & khidmat bantu yang diberi. Insyaa Allah pihak sekolah akan cuba memperbaiki setakat yang termampu...