Monday 27 May 2019

Cleaner Sambung Mengecat

Pada kesempatan cuti sekolah ini, para pekerja pembersihan sekolah meneruskan kerja-kerja mengecat dinding sekolah, terima kasih semua...



Wajah Baru Kantin Sekolah

Jom tengok wajah baru kantin sekolah yang menanti murid-murid lepas Raya nanti. Terima kasih buat pengusaha kantin; Pn. Sarimah dan adik-beradiknya yang menyiapkannya dalam bulan puasa ni. Lepas Raya, Insyaa Allah sambung semula kerja-kerja mengecat kerusi dan memasang tikar getah untuk alas meja..









Cikgu Sham Meneruskan Kerja-Kerja Pertukangan

Cikgu Noorsham meneruskan kerja-kerja menyiapkan perabot dan kelengkapan untuk Ujana Ilmu walaupun cuti sekolah. Thank you Cikgu Sham..



Gerbang Anjung ITMA UPM

Pokok dah mula memanjat tinggi, bunga pun dah mula keluar. Seronok tengok...



Ujana Ilmu TV Episod 21 : Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri SKTPP 2019



Thursday 23 May 2019

Pelancaran Program Jom Pinjam & Baca Buku, Cikgu dan Jom Pinjam & Baca Buku, Sayangku

Pada 23 Mei 2019 (Khamis), pelancaran program Jom Pinjam & Baca Buku, Cikgu dan Jom Pinjam & Baca Buku, Sayangku telah dilaksanakan di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana. 

Objektif Program:
  1. Sebagai medium menyokong Kempen Dekad Membaca.
  2. Sebagai wadah mempertingkatkan dan memperhebatkan aktiviti NILAM di peringkat sekolah.
  3. Menyemai kesedaran di kalangan guru dan murid tentang kepentingan membaca. 
  4. Menanam dan membentuk budaya membaca di kalangan warga sekolah.
  5. Mengoptimumkan penggunaan pusat sumber sekolah sebagai pusat akses maklumat.
  6. Mewujudkan kesedaran di kalangan warga sekolah tentang tanggungjawab menjaga dan memelihara buku yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan kata aluan Puan Nurliza binti Ab Rahman selaku pengacara majlis. Bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib. Seterusnya, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali telah menyampaikan ucapan pelancaran program ini, di mana beliau telah menekankan kepentingan membaca dan sekaligus menyempurnakan slot kemuncak iaitu gimik pelancaran.

Jom, kita tonton video sepanjang program pelancaran dijalankan.



Sesi 'Jom Pinjam & Baca Buku' oleh Pentadbir Sekolah 



'Jom Pinjam & Baca Buku'
Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar)
'Jom Pinjam & Baca Buku'
Puan Azizah binti Mokhlas (PK Pentadbiran)
'Jom Pinjam & Baca Buku'
Puan Rosmah binti Jamat (PK HEM)
'Jom Pinjam & Baca Buku'
Encik Shahrizal bin Ya'am (PK Kokurikulum)
'Jom Pinjam & Baca Buku'
Puan Norhamizah binti Hamzah (PK PPKI)
'Jom Pinjam & Baca Buku'
Puan Jumilah binti Ahmad (PK Petang)

Friday 17 May 2019

Tapak Anjung ITMA UPM Diselaputi Batu Kerasan

Tapak Anjung Hidroponik Fotosintesis kerjasama dengan ITMA UPM sedang dalam fasa pembikinan seterusnya. Terima kasih buat YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar Mohammad Suffian kerana sudi sponsor batu kerasan..




Semoga laluan pintu gerbang ini akan diliputi pokok menjalar secepat mungkin

Thursday 16 May 2019

Jom Singgah Anjung Tradisi

Anjung Tradisi merupakan antara lokasi persinggahan yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid ketika berehat semasa Rehat, semasa datang dan nak balik sekolah atau ketika bersantai. Banyak info literasi disediakan di sini. Diharap murid-murid dapat menjaga harta benda yang ada di anjung tersebut di samping menggunakannya dengan sebaik mungkin bersama rakan-rakan...


Thursday 2 May 2019

Ujana Ilmu TV Episod 12 : Majlis Hi Tea Hari Guru SKTPP


Pelancaran 3R (Reduce, Reuse, Recycle)


Pelancaran 'Reduce, Reuse, Recycle' telah diadakan pada hari Khamis, 2 Mei 2019 di Dewan Perdana.  Program ini dijadikan platform untuk menyebarkan maklumat tentang definisi dan cara pengamalan 3R agar pelajar sedar kepentingan 3R dan menghayatinya demi  mengurangkan pembuangan sisa.
'REDUCE, REUSE, RECYCLE' untuk wujudkan suasana persekitaran yang lebih hijau dan selesa.


Gambar-gambar di bawah menunjukkan cara untuk mengamalkan 3R dalam kehidupan seharian.


Cara mengasingkan sisa yang boleh dikitar semula dan sisa yang perlu dilupuskan.


Sila klik pautan di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut tentang 3R.

http://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/131

https://www.ekuntum.com.my/page.php?id=10

Gambar - gambar yang dirakam sewaktu pelancaran.


Guru - guru

Pengerusi majlis

Penerangan 3R


Pelancaran oleh Guru Besar


Gimik pelancaran

Gimik pelancaran

Guru Besar bersama barisan pentadbir