Monday 30 August 2021

Malaysia #QuranHour

Alhamdulillah warga SK Taman Putra Perdana telah turut serta menganjurkan program Malaysia #QuranHour tengah hari tadi. Satu jam bersama al-Quran. 

Program tersebut telah disertai oleh semua warga sekolah di kediaman masing-masing bersama keluarga tercinta. Program ini memberi pengisian yang penuh barakah melalui sesi bacaan dan tadabbur al-Quran. Konsep program yang menekankan baca, faham dan amal amat bersesuaian dalam hidup kita ke arah mencintai al-Quran. 

Semoga tujuh formula kejayaan dari surah Musabbihat dan tiga motivasi dari surah Al-Mulk dapat difahami dan diamal bersama.

Sekali lagi jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan di atas penglibatan guru, ibu bapa serta murid-murid sempena Malaysia #Quranhour sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64. 

Malaysia #QuranHour












Disediakan oleh :

Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Saturday 20 March 2021

Calon Anugerah Ikon Guru Kokurikulum & Guru Sukan Negeri Selangor

Mohon support guru-guru SKTPP selaku calon-calon untuk Anugerah Ikon Guru Kokurikulum dan Ikon Guru Sukan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor kali ke-50 Tahun 2021 dengan like, share & subscribe untuk memberi semangat dan tanda sokongan di link Youtube di bawah :

1. Cikgu Noor Hayati Yusof (sila klik di sini)

2. Cikgu Parimala Vengadaslam (sila klik di sini)

3. Ustaz Ahmad Zunaidi Ahmad (sila klik di sini)

4. Cikgu Mohd Izwan Jowahar (sila klik di sini)

5. Cikgu Ahmad Junaidi bin Abdullah (sila klik di sini)

Terima kasih atas sokongan dan dokongan semua pihak. Semoga berjaya hendaknya... aamiin..















Friday 5 March 2021

Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2021

 Pada 5 Mac 2021 (Jumaat), telah diadakan Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2021 secara atas talian menggunakan aplikasi ‘Google Meet’.  Majlis telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Azizah binti Mokhlas mewakili Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.

(Untuk rekod : Pusat Sumber SKTPP dikenali sebagai Ujana Ilmu)

Objektif Program:

1. Sebagai medium memperkenalkan kepada warga sekolah tentang wujudnya pengawas pusat sumber sebagai pemimpin muda yang dilantik khas oleh pihak sekolah untuk membantu melancarkan pengurusan sumber bahan pembelajaran dan program sekolah.

2. Membina keyakinan serta jati diri Pengawas Pusat Sumber sebagai pemimpin muda.

3. Memberi pengiktirafan kepada Pengawas Pusat Sumber terhadap tanggungjawab yang digalas dan khidmat bakti terhadap sekolah.

4. Memberi kesedaran kepada Pengawas Pusat Sumber tentang pentingnya peranan mereka terhadap sekolah.

Atur Cara Majlis:


Poster dan Buku Program Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2021 yang telah disediakan dalam bentuk ‘Anyflip’ oleh Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji.


Poster Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2021

Buku Program Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2021.
Klik sini untuk paparan penuh buku program.

Antara paparan semasa majlis lantikan dijalankan..

Majlis telah di'host'kan oleh Puan Umi Nazrah 
melalui aplikasi 'Google Meet'

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari pengacara majlis,
Puan Noor Hayati binti Yusof

Barisan Pengawas Pusat Sumber yang telah 
menyertai majlis pelantikan pada hari ini

Bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Mustafid

Taklimat kepada barisan Pengawas Pusat Sumber 
telah disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita selaku GPM

Puan Azizah binti Mokhlas telah merasmikan
majlis pelantikan pada hari ini mewakili guru besar

Gambar dari video senarai Pengawas Pusat Sumber 2021

Gambar dari video senarai Pengawas Pusat Sumber 2021

Video Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber telah disediakan oleh Encik Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi.


Seterusnya, bacaan ikrar Pengawas Pusat Sumber juga telah dilafazkan oleh semua Pengawas Pusat Sumber tahun 2021 dipimpin oleh Ketua Pengawas Pusat Sumber adik Muhammad Harith bin Mohammad Radhi dari kelas 6 Intelek.


Paparan semasa bacaan ikrar dilaksanakan

Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2021 selesai pada jam 11.30 pagi.

Diharapkan agar pengiktirafan yang telah diberikan kepada semua Pengawas Pusat Sumber ini akan menaikkan semangat mereka dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan seterusnya menjadi contoh teladan yang baik kepada semua murid.  

Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar Pn. Rohaidah binti Mohd Ali, barisan pentadbir, ahli jawatankuasa pelaksana, guru-guru dan barisan Pengawas Pusat Sumber  yang telah memberi sokongan dan kerjasama sepanjang perancangan dan pengendalian majlis.


Disediakan oleh,
Amalina binti Abd Hamid

Saturday 27 February 2021

Program Pembugaran NILAM: Pelancaran Hari NILAM Selangor (HaNIS) & Fokus Sepuluh Minit 'FoS' 2021

 Pada 26 Februari 2021 (Jumaat), telah diadakan Pelancaran Hari NILAM Selangor (HaNIS) & Fokus Sepuluh Minit 'FoS' 2021 secara atas talian menggunakan aplikasi ‘Google Meet’. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.

Objektif Program:

1.   Sebagai wadah menyokong dan memantapkan pelaksanaan Program NILAM

2.   Memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan

3.  Membantu murid dalam memantapkan dan meningkatkan pencapaian PAJSK

Atur Cara Program:

10.00 pagi : Pendaftaran Peserta

                    : Ucapan Aluan Pengacara Majlis (Pn.                          Noor Hayati binti Yusof)

                    : Bacaan Doa (Ustaz Zurilazman bin                            Abdullah)

                    : Taklimat Program (Pn. Arnny                                      Yusnita binti Md. Enarji)

                    : Ucapan Pelancaran Program (Pn.                                Hajah Rohaidah binti Mohd Ali)

                    : Tayangan Video 

Buku Program Pelancaran Hari NILAM Selangor (HaNIS) & Fokus Sepuluh Minit 'FoS' 2021 telah disediakan dalam bentuk ‘anyflip’ oleh Puan Roseniza binti Setapa.

Pautan Buku Program klik sini



Antara paparan semasa pelancaran program dijalankan


Puan Nur Malisha selaku AJK yang bertanggungjawab 
menyediakan pautan 'Google Meet' bagi program kali ini

Puan Umi Nazrah sebagai wakil Guru Pusat Sumber Sekolah mengalu-alukan penyertaan murid 

Antara murid yang telah menyertai sesi pelancaran program 

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari pengacara majlis, 
Puan Noor Hayati binti Yusof

Bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah


Taklimat program telah disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita selaku GPM

Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali telah melancarkan program pada hari ini secara atas talian dari bilik Guru Besar

Sesi tayangan video yang telah disediakan 
oleh Cik Noor Azlinda

Pelancaran Hari NILAM Selangor (HaNIS) & Fokus Sepuluh Minit 'FoS' 2021 tamat pada jam 11.40 pagi.

Diharapkan agar penataran maklumat mengenai NILAM pada kali ini dapat memberikan info yang lebih jelas mengenai perjalanan program NILAM di sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, barisan pentadbir, ahli jawatankuasa pelaksana, guru-guru serta murid-murid yang telah memberi sokongan dan kerjasama sepanjang perjalanan dan pengendalian program. 


Disediakan oleh,

Amalina binti Abd Hamid