Tuesday 12 November 2019

Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah (APS) Peringkat Negeri Selangor 2019

Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah (APS) Peringkat Negeri Selangor 2019 telah diadakan di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) KPM, Bukit Kiara. Terima kasih kepada BTPN Selangor kerana menganugerahi Anugerah Khas Pusat Sumber Sekolah Cemerlang kepada SKTPP selaku wakil Selangor ke APS Peringkat Kebangsaan. Tahniah kepada para pemenang khususnya GPM SKTPP; Cikgu Arnny Yusnita bt. Md. Enarji yang telah dinobatkan sebagai Ikon Guru Perpustakaan Media (GPM) Negeri Selangor 2019. Beliau akan mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan tahun depan. Semoga berjaya!
Tahniah juga buat PKG Salak yang diketuai Penyelarasnya; En. Mohamad bin  Awang serta En. Azreen atas kejayaan selaku Johan Keseluruhan Pembestarian PKG Negeri Selangor. Setinggi-tinggi penghargaan buat PPD Sepang atas pencapaian cemerlang sekolah, guru dan murid yang bertanding. Hebat! Terbaik!



Bergambar kenangan dengan KPPD Sepang; Tn. Hj. Arbain bin Pinni yang sangat menginspirasikan

Ucapan Pengarah JPS

Ucapan perasmi

GB bersama para peserta 

Cikgu Arnny menunggh nama dipanggil untuk naik ke pentas


Barisan calon Ikon GPM Negeri Selangor 2019 di atas pentas



GPM SKTPP; Cikgu Arnny Yusnita bt Md. Enarji menerima anugerah Ikon Guru Perpustakaan & Media (GPM) Negeri Selangor 2019. Tahniah!!


GB menerima Anugerah Khas PSS Cemerlang




Piala-piala kebanggaan SKTPP

Tahniah PKG Salak - PKG Terbaik 2019!

Merakam kejayaan bersama Tuan KPPDS; Tn. Hj. Arbain bin Pinni


Bersama para pemenang delegasi Sepang

Bersama pentadbir SKTPP yang awesome


GB & GPM SKTPP; Cikgu Arnny Yusnita





Terima kasih banyak buat barisan pembimbing; pegawai-pegawai BTPN Selangor, PKG Salak dan PPD Sepang. Jasamu dikenang!