Tuesday 29 March 2016

Pelancaran Minggu Membaca bersama PTS

 Alhamdulillah pada 28 Mac 2016 Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan majlis Pelancaran Minggu Membaca Bersama PTS dengan jayanya. Minggu Membaca ini bermula pada 28 hingga 31 Mac 2016. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pn Jamilah binti Ariffin, PK HEM bagi sesi pagi manakala sesi petang oleh Pn Rosmah binti Jamat.

Program tersebut adalah salah satu aktiviti dalam Program Galakan Membaca NILAM yang telah pun dilancarkan pada 26 Februari 2016 yang lepas. Ianya bertujuan untuk merangsang dan menarik minat membaca dalam kalangan murid khususnya dan seluruh warga SKTPP amnya. Banyak aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut. Antaranya ialah Slot Ulat Buku Bersama PTS, Bengkel Penulis Cilik dan Menulis novel serta Bengkel Melukis Komik.

Diharapkan semua murid dan warga SKTPP dapat meluangkan masa untuk berkunjung ke booth pameran untuk membeli dan membaca buku yang disediakan untuk menambah ilmu kerana amalan membaca perlu dipupuk untuk melahirkan warga yang berpengetahuan tinggi. Sesungguhnya membaca adalah nadi ilmu.

Antara paparan yang dapat dikongsikan bersama.

                          SESI PAGI

Simbolik perasmian

Pn Nurliza binti Ab Rahman selaku pengacara majlis

Pn Jamilah binti Ariffin, PK HEM sedang memberi ucapan


PK HEM memotong riben bagi merasmikan majlis

Menandatangani untuk kenangan


Bersama membenci DARVIH

Penyampaian cenderamata oleh wakil PTS Cik Nor Hidayu binti Mohd Shamsudin

Aktiviti membaca oleh guru-guru

Aktiviti membaca dalam kalangan murid
                 
                      SESI PETANG

Pn Arnny Yusnita selaku pengacara majllis bagi sesi petang

Pn Rosmah binti Jamat sedang memberi ucapan perasmian



Penyampaian cenderamata oleh wakil PTS

No comments:

Post a Comment