Saturday 15 April 2017

Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) 2017

    Pada 13hb April 2017, telah diadakan diadakan pelancaran kem Membaca 1Malaysia (KM1M) di tapak perhimpunan bagi sesi pagi dan di dewan Perdana bagi sesi petang. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Program ini telah dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah SKTPP untuk  mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.

     Program ini bertujuan mendorong rakyat Malaysia agar gemar membaca. Selain itu, ia juga sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan. Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu 13hb - 14hb April 2017. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program ini. Antaranya aktiviti mewarna, bengkel penulisan dan jualan buku bersama Book Truck PTS.

       Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua warga SKTPP. Diharap pada masa akan datang, kita dapat merancang dan melaksanakan aktiviti yang lebih  menarik agar dapat meningkatkan penglibatan semua warga untuk membaca pelbagai bahan bacaan demi melahirkan generasi yang cintakan ilmu.

Antara paparan yang dapat dikongsikan sepanjang majlis berlangsung;












No comments:

Post a Comment