Saturday 14 July 2018

Laporan Bengkel Memproses Buku dan Bahan Bukan Buku Fasa 2 2018

NAMA PROGRAM: Bengkel Memproses Buku dan Bahan Bukan Buku Fasa 2

TARIKH  : 14 Julai 2018
HARI      : Sabtu
MASA     : 8.00 – 12.00 tengahari

MATLAMAT:
Melatih dan mendedahkan guru – guru PSS tentang pengurusan asas pusat sumber sekolah seperti membuat proses teknik buku menggunakan sistem S-Lib dan membaikpulih buku – buku yang rosak. 

OBJEKTIF:
  • Memberi pendedahan asas kepada guru – guru PSS tentang proses buku dengan betul menggunakan system S-Lib yang baharu.
  • Meningkatkan kemahiran guru – guru PSS dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka khususnya dalam pengurusan bahan dan fizikal PSS. 

KEBERHASILAN AKTIVITI:
  • Peserta memperoleh ilmu pengetahuan dalam proses teknik buku dan bahan bukan buku yang betul. 
  • Kesemua peserta bersemangat dan bersungguh-sungguh mengamalkan teknik yang dipelajari semasa bengkel itu.

GAMBAR - GAMBAR SEPANJANG BENGKEL TERSEBUT:


Puan Arnny Yusnita selaku GPM sekolah menunjukkan cara yang betul menggunakan sistem S-Lib untuk memproses buku pada hari itu.

Cik Amalina dan Cik Nur Affiqah menampal poket buku dan memasukkan kad pinjaman untuk buku - buku baharu.

Cik Nur Affiqah memasukkan kad pinjaman untuk buku - buku baharu.

Puan Siti Maziah menulis maklumat buku pada poket buku serta di kad pinjaman pada setiap buku baharu.

Cetakan nombor panggilan daripada sistem S-Lib yang akan ditampal pada tulang setiap buku. 

Puan Arnny Yusnita tekun memasukkan data didalam sistem S-Lib serta guru – guru PSS (Puan Siti Maziah, Cik Amalina dan Puan Nur Malisha) saling menyiapkan tugas yang diberikan.

Disediakan oleh;
Nur Malisha Binti Omar.

No comments:

Post a Comment