Sunday 14 April 2019

Mesyuarat Pembestarian Sekolah & Gerakan Tabiat Membaca Negeri Selangor

Hari ini Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah binti Mohd Ali berkesempatan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembestarian Sekolah & Gerakan Tabiat Membaca Negeri Selangor di BTPN Selangor. Pn. Rohaidah mewakili Yang Dipertua Majlis Guru Besar (MGB) Selangor bersama GB Maznah Zaini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor; Tn. Muhamad Radzi bin Abdullah.
   Banyak maklumat terkini dan jaringan yang luas diperolehi hasil keberadaan GB di mesyuarat ini. Antaranya; perancangan mengadakan projek inovasi dengan IPG Kampus Islam, perbincangan penambahbaikan untuk APPSC Kebangsaan dan jalinan kerjasama dengan pegawai-pegawai yang hadir. Bahkan Tn. KPPD Sepang; Tn. Hj. Arbain bin Pinni sendiri telah memaklumkan perancangan PPD Sepang 2 tugasan kepada Ujana Ilmu semasa Sambutan Hari Guru Daerah Sepang  2019 dan Tahun Melawat Sepang 2020. Sungguh menarik dan amat membanggakan penghargaan yang diberi kepada Ujana Ilmu SKTPP. Syukur aalhamdulillah.. Terima kasih yang tidak terhingga atas kepercayaan dan peluang yang diberi oleh MGB Selangor dan KPPD Sepang. Semoga bermanfaat buat warga sekolah, PPD dan semua pihak yang membantu..















GB bersama pegawai BTPN dan pensyarah IPIS

No comments:

Post a Comment