Thursday, 19 July 2018
Saturday, 14 July 2018
Laporan Bengkel Memproses Buku dan Bahan Bukan Buku Fasa 2 2018
NAMA PROGRAM: Bengkel Memproses Buku dan Bahan Bukan Buku Fasa 2
TARIKH : 14 Julai 2018
HARI : Sabtu
MASA : 8.00 – 12.00 tengahari
MATLAMAT:
Melatih dan mendedahkan guru – guru PSS tentang
pengurusan asas pusat sumber sekolah seperti membuat proses teknik buku menggunakan
sistem S-Lib dan membaikpulih buku – buku yang rosak.
OBJEKTIF:
- Memberi pendedahan asas kepada guru – guru PSS tentang proses buku dengan betul menggunakan system S-Lib yang baharu.
- Meningkatkan kemahiran guru – guru PSS dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka khususnya dalam pengurusan bahan dan fizikal PSS.
KEBERHASILAN AKTIVITI:
- Peserta memperoleh ilmu pengetahuan dalam proses teknik buku dan bahan bukan buku yang betul.
- Kesemua peserta bersemangat dan bersungguh-sungguh mengamalkan teknik yang dipelajari semasa bengkel itu.
GAMBAR - GAMBAR SEPANJANG BENGKEL TERSEBUT:
![]() |
| Puan Arnny Yusnita selaku GPM sekolah menunjukkan cara yang betul menggunakan sistem S-Lib untuk memproses buku pada hari itu. |
![]() |
| Cik Amalina dan Cik Nur Affiqah menampal poket buku dan memasukkan kad pinjaman untuk buku - buku baharu. |
![]() |
| Cik Nur Affiqah memasukkan kad pinjaman untuk buku - buku baharu. |
![]() |
| Puan Siti Maziah menulis maklumat buku pada poket buku serta di kad pinjaman pada setiap buku baharu. |
![]() |
| Cetakan nombor panggilan daripada sistem S-Lib yang akan ditampal pada tulang setiap buku. |
![]() |
| Puan Arnny Yusnita tekun memasukkan data didalam sistem S-Lib serta guru – guru PSS (Puan Siti Maziah, Cik Amalina dan Puan Nur Malisha) saling menyiapkan tugas yang diberikan. |
Disediakan oleh;
Nur Malisha Binti Omar.
Saturday, 7 July 2018
Bengkel Sirkulasi 2
Tarikh : 7 Julai 2018
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat :
Ujana Ilmu SKTPP
Objektif Program :
- Memberi pendedahan maklumat dalam pengurusan sistem sirkulasi.
- Memberikan pendedahan dalam melakukan tugasan peminjaman dan pemulangan bahan bacaan.
- Memberi pendedahan yang lebih terperinci dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
- Penerangan berkaitan tugas-tugas hakiki pengawas termasuk tugasan mengikut biro dan jawatankuasa dapat difahami dengan lebih terperinci.
- Memupuk sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dengan penuh beretika dan berdedikasi.
![]() |
| Murid-murid memilih buku yang hendak dipinjam |
![]() |
| Pengawas mengecop tarikh pemulangan buku |
![]() |
| Murid-murid beratur semasa meminjam buku. |
![]() |
| Pengawas Ujana Ilmu merekodkan tarikh pemulangan buku. |
![]() |
| Murid-murid bersemangat untuk mengikuti bengkel. |
![]() |
| Murid-murid lelaki bersedia untuk mengikuti bengkel. |
Tuesday, 3 July 2018
Mesyuarat AJK Pelaksana Ujana Ilmu
"Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita"
Setelah melalui tahun yang mencabar pada tahun 2017, tahun ini sekali lagi Pusat Sumber SKTPP dipilih oleh pihak PPD Sepang untuk mewakili Daerah Sepang ke Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (APSSC) 2018. Pengalaman yang pernah dirasai pada tahun lepas menjadi pengajaran yang berguna bagi warga SKTPP dalam memastikan kejayaan untuk menjadi Johan bagi sesi 2018.
Oleh itu, suatu Mesyuarat AJK Pelaksana telah dijalankan pada 3 Julai 2018 yang lalu. Mesyuarat ini bertujuan untuk membahagikan tugas kepada semua guru SKTPP. Hal ini supaya guru dapat mengetahui tugas masing-masing dan saling membantu dalam mencapai kejayaan yang diinginkan.
![]() |
| Bacaan doa diketuai Ust Mahadir bin Midun |
![]() |
| Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali memulakan mesyuarat |
![]() |
| Guru Besar Puan Rohaidah bersama mendengar penyampaian maklumat oleh Puan Arnny Yusnita |
"Bersatu teguh bercerai roboh" azimat kata-kata yang dilontarkan oleh Puan Guru Besar, Puan Rohaidah semasa memberi kata alu-aluan sebelum mesyuarat diteruskan oleh Puan Arnny.
Puan Arnny sebagai Guru Penyelaras Ujana Ilmu merangkap Ketua AJK Pelaksana telah membentangkan kertas kerja cadangan perjalanan hala tuju kerja dengan begitu jelas dan sempurna. Ianya merangkumi anggota jentera pelaksana yang melibatkan semua guru SKTPP. Pembahagian tugas seperti ini amatlah penting kerana dengannya guru dapat fokus dan melahirkan kreativiti dengan tugas masing-masing.
![]() |
| Perbincangan berjalan dengan lancar |
|
| Guru-guru lelaki memberi perhatian kepada maklumat yang disampaikan Indah sungguh warna pelangi, Tidak luput hingga senja, Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia. |
Akhir sekali, semoga tugas yang diberikan dapat diselesaikan dengan jayanya. kesepaduan dan semangat kerjasama yang padu mampu membenihkan warna-warna kemanisan ukhuwah antara seluruh warga SKTPP. "Be the best, Beat the rest ". Wallahualam.
Monday, 2 July 2018
Kad Buku Ujana Ilmu
Pagi yang indah ditemani cahaya mentari yang bersinar membuktikan betapa agungnya kekuasaan Allah menciptakan Alam dengan kesempurnaan. Syukur kepada Allah atas setiap kurniaanNya.
"Alhamdulillah"
Hari ini hari Isnin bersamaan 2 Julai 2018, pihak Ujana Ilmu telah memberikan maklumat mengenai kad Buku Ujana Ilmu kepada seluruh warga SKTPP.
![]() |
| Murid memberi perhatian kepada maklumat yang disampaikan |
Penggunaan Kad Buku Ujana Ilmu sebagai suatu usaha Ujana Ilmu menjaga kesempurnaan buku-buku yang ada di Ujana Ilmu. Ianya bagi mengesan jika terdapat kehilangan buku yang dipinjam oleh warga SKTPP.
![]() |
| Puan Arny Yusnita memberi gambaran jelas mengenai kad buku Ujana Ilmu |
Penyampaian maklumat telah disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita sebagai Guru Media & Guru Penyelaras SKTPP. Kemudahan kad buku ini selain sebagai usaha menjaga buku-buku yang ada ianya juga sebagai suatu usaha untuk memberikan kemudahan kepada seluruh warga SKTPP mendapatkan buku yang diinginkan.
Akhir sekali semoga sedikit usaha yang dilakukan ini dapat menjadikan Ujana Ilmu sebagai pusat ilmu yang sempurna untuk seluruh warga SKTPP. Sekian.
Tuesday, 26 June 2018
Pemantauan PSS dan VLE Frog
"وَذَكِّر فَإِنَّ الذِّكرَى تَنفَعُ المُؤمِنِين (55)"
Maksudnya : Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya
peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(Surah adz-Dzariyat : 55)
"Manusia selalu terleka dan terlupa, malah perkataan manusia itu sendiri berasal daripada kata "Nisyan" iaitu "LUPA".
(Surah adz-Dzariyat : 55)
"Manusia selalu terleka dan terlupa, malah perkataan manusia itu sendiri berasal daripada kata "Nisyan" iaitu "LUPA".
Pemantauan terhadap Pusat Sumber Sekolah yang dikenali sebagai Ujana Ilmu dan VLE Frog SKTPP telah dijalankan pada hari Selasa bersamaan 26 Jun 2018. Pemantauan ini telah dilakukan oleh pegawai dari Pusat Kegiatan Guru Salak iaitu En. Mohamad, En Azreen dan En. Zaidi. Kedatangan mereka disambut oleh Puan Guru Besar SKTPP; Puan Rohaidah binti Mohd Ali, Cikgu Arny Yusnita, Cikgu Hafiz serta Cikgu Rusydan. Pemantauan ini bertujuan untuk menyemak kesediaan dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
![]() |
| En Mohamad dan En Azreen petah memberi bimbibgan dan khidmat nasihat kepada Guru Besar, Guru Penyelaras Ujana Ilmu dan Ketua Pelaksana Ujana Ilmu SkTPP |
Ianya merangkumi pelbagai perkara, antaranya sistem pemfailan, laman keceriaan, kemudahan akses guru-murid dan laman inovasi kreativiti. Selain itu, En Mohamad dan En Azreen juga telah menyampaikan maklumat mengenai kriteria-kriteria yang perlu ada dalam mewujudkan sebuah Pusat Sumber yang cemerlang. Ianya amat membantu pihak warga SKTPP dalam persediaan menjelang Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (APSSC) peringkat Negeri Selangor yang akan disertai tidak lama lagi.
![]() |
| Pn Arny Yusnita mendapat bimbingan daripada En. Azreen |
![]() |
| Pemantauan fizikal Ujana Ilmu |
![]() |
| Pemantauan terhadap program VLE Frog oleh En. Zaidi bersama Cikgu Hafiz |
Akhir sekali, warga SKTPP mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran pihak PKG Salak yang tidak jemu-jemu memberi nasihat dan ilmu dalam memantapkan pengurusan Ujana Ilmu SKTPP. Semoga impian warga SKTPP bagi menjadikan Ujana Ilmu sebagai wadah kecemerlangan SKTPP tercapai. Salam Ujana Ilmu. Terima Kasih.
Thursday, 7 June 2018
World #QuranHour Peringkat SK Taman Putra Perdana
Sesungguhnya Allah Tuhan kami, Nabi Muhammad Rasul kami dan al Quran panduan hidup kami
"قَالَ رَسُولُ اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيهِ وَسَلَّم مَن
قَرَأَ حَرفًا مِن كِتَاب اللَّه فَلَهُ بِهِ حَسَنَةُ وَالحَسَنَةُ بِعَشرِ
أَمثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرفٌ وًلًكِن الف حَرفٌ وَلَام حَرفٌ وميم حَرفٌ
...."
Maksudnya : Rasulullah bersabda Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah (al Quran), Maka baginya
satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan digandakan menjadi sepuluh kali,
aku tak mengatakan ALIF LAM MIM itu satu huruf, akan tetapi ALIF satu huruf,
LAAM satu huruf dan MIM satu huruf. (HR, Tirmidzi No.2853)
Kemeriahan bulan Ramadan bagi umat Islam disambut dengan memperbanyakkan
amal Ibadah seperti bersolat terawih, menghidupkan malam dengan amalan
Qiamullail dan bertadarus al Quran. Oleh itu dalam mengajar dan memberi galakan
murid-murid SKTPP, pihak sekolah dengan bantuan Ujana Ilmu dan Panitia
Pendidikan Islam telah mengadakan program World #Quran Hour peringkat sekolah.
![]() |
| Bacaan diketuai oleh Ust Zurilazman dan Ust Mahadir |
Program ini telah diadakan pada 7 Jun 2018 bersamaan hari Khamis. Program ini selain bertujuan menghidupkan amalan membaca al Quran oleh warga SKTPP ianya juga sebagai pendorong kepada seluruh warga SKTPP dalam meningkatkan amal Ibadah sepanjang bulan Ramadan. Walaupun hanya sejam yang diluangkan bagi menjayakan program ini, ia tetap memberi makna kerana alunan ayat suci yang dibaca atau didengari memiliki keistimewaan yang mampu menundukkan hati yang keras.
Saidina Umar al-Khattab RA
yang terkenal sebagai seorang yang tegas dan keras hati , akhirnya tunduk
kepada al Quran. Hatinya lembut selepas mendengar surah Taha. Begitu juga
diharapkan berlaku kepada seluruh warga SKTPP.
![]() |
| Murid membaca al Quran dengan khusyuk |
![]() |
| Guru-guru tidak ketinggalan menyertai sama |
![]() |
| Masing-masing tunduk menghayati kalimah-kalimah Allah |
Disediakan oleh : Ahmad Zubair
Subscribe to:
Posts (Atom)

































