Tuesday 26 June 2018

Pemantauan PSS dan VLE Frog


"وَذَكِّر فَإِنَّ الذِّكرَى تَنفَعُ المُؤمِنِين (55)"

Maksudnya : Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(Surah adz-Dzariyat : 55)

"Manusia selalu terleka dan terlupa, malah perkataan manusia itu sendiri berasal daripada kata "Nisyan" iaitu "LUPA".


Pemantauan terhadap Pusat Sumber Sekolah yang dikenali sebagai Ujana Ilmu dan VLE Frog SKTPP telah dijalankan pada hari Selasa bersamaan 26 Jun 2018. Pemantauan ini telah dilakukan oleh pegawai dari Pusat Kegiatan Guru Salak iaitu En. Mohamad,  En Azreen dan En. Zaidi. Kedatangan mereka disambut oleh Puan Guru Besar SKTPP; Puan Rohaidah binti Mohd Ali, Cikgu Arny Yusnita, Cikgu Hafiz serta Cikgu Rusydan. Pemantauan ini bertujuan untuk menyemak kesediaan  dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah.

En Mohamad dan En Azreen petah memberi bimbibgan dan khidmat nasihat kepada Guru Besar, Guru Penyelaras Ujana Ilmu
dan Ketua Pelaksana Ujana Ilmu SkTPP
Ianya merangkumi pelbagai perkara, antaranya sistem pemfailan, laman keceriaan, kemudahan akses guru-murid dan laman inovasi kreativiti. Selain itu, En Mohamad dan En Azreen juga telah menyampaikan maklumat mengenai kriteria-kriteria yang perlu ada dalam mewujudkan sebuah Pusat Sumber yang cemerlang. Ianya amat membantu pihak warga SKTPP dalam persediaan menjelang Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (APSSC) peringkat Negeri Selangor yang akan disertai tidak lama lagi.

Pn Arny Yusnita mendapat bimbingan daripada En. Azreen

Pemantauan fizikal Ujana Ilmu

Pemantauan terhadap program VLE Frog oleh En. Zaidi bersama Cikgu Hafiz

Akhir sekali, warga SKTPP mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran pihak PKG Salak yang tidak jemu-jemu memberi nasihat dan ilmu dalam memantapkan pengurusan Ujana Ilmu SKTPP. Semoga impian warga SKTPP bagi menjadikan Ujana Ilmu sebagai wadah kecemerlangan SKTPP tercapai. Salam Ujana Ilmu. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment