Friday 6 October 2023

Perasmian & Pelancaran Bulan Pusat Sumber Sekolah 2023

Tarikh Perasmian :  6 Oktober 2023 (Jumaat)

Tema                         :        Dongeng Melayu Klasik

Tahun ini Pusat Sumber SK Taman Putra Perdana telah sekali lagi menganjurkan Kempen Galakan Membaca dan Galak Guna Pusat Sumber yang turut melibatkan kolaborasi unit-unit di bawah Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, PPKI dan Prasekolah.  

Kolaborasi ini sudah pastinya menyajikan pelbagai aktiviti menarik sepanjang sebulan kempen berlangsung. 

Antara objektif kempen adalah :

  • Sebagai satu medium untuk mempromosi program galakan membaca di sekolah.
  • Sebagai wadah menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam menyokong dan memantapkan pelaksanaan program galakan membaca.
  • Memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan.
  • Menyemai sifat ingin tahu 'curiousity' melalui program literasi maklumat.
  • Memperkukuhkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan murid.
  • Melestarikan budaya membaca berkualiti sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid.

Mari sama-sama kita saksikan gambar dan video kenangan semasa majlis perasmian dan pelancaran Bulan Pusat Sumber Sekolah ini berlangsung.

Buku program

 Sila klik link berikut:  https://anyflip.com/risas/npjb/

Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil.


Ucapan aluan oleh AJK PIBG, Puan Sharmila binti Mohd Ishak
 
Ucapan  Perasmian Bulan Pusat Sumber Sekolah oleh Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.



Dewan Perdana gamat dengan kehadiran maskot selepas majlis perasmian diadakan.

Sketsa bertajuk "Hikayat Raja Bersiong" sebagai gimik perasmian.



Penerangan mengenai Program Pusat Sumber Sekolah oleh GPM, Puan Arnny Yusnita bt Md Enarji.

Barisan pentadbir, wakil PIBG, GPM dan pengerusi majlis.

Ceria wajah guru-guru sesi petang sewaktu majlis berlangsung.

Peserta persembahan sempena majlis perasmian.

Persembahan 1 : Nyanyian Solo dan Tarian Lemak Manis

Persembahan 2 : Tarian Joget Penghibur

Cenderamata dan Sijil Jalinan buat wakil Syarikat PTS Event & Exhibitions.

Pemenang Busana Terbaik Guru bertemakan Cerita Dongeng Melayu Klasik.

Sesi fotografi sebagai kenang-kenangan.


Disediakan oleh:
Maizara binti Mahat

No comments:

Post a Comment