Thursday, 26 October 2017

Penilaian Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2017

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak PPD Sepang & JPN Selangor atas peluang yang diberi kepada SK Taman Putra Perdana dalam Penilaian Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2017. Selaku wakil Daerah Sepang, kami telah cuba sedaya upaya mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran ini. Semoga dengan pengalaman yang kami perolehi nanti akan memantapkan lagi Pusat Sumber SKTPP agar betul-betul cemerlang, hebat & menepati KPI yang ditetapkan oleh KPM dan seterusnya memberikan impak yang positif kepada anak-anak murid serta warga sekolah..

#Selangkah menuju kecemerlangan








































































Terima kasih kepada para penilai yang arif lagi bijaksana.
Terima kasih buat semua guru & warga sekolah. Semoga kita berjaya. Insyaa Allah..

Wednesday, 11 October 2017

Program Khidmat Bantu PKG dan GPM Sepang

Program Khidmat Bantu oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Sepang telah diadakan pada 11 Oktober 2017.  Tujuannya adalah untuk membantu sekolah dalam penyediaan fail bagi menghadapi Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Selangor pada 26 Oktober 2017 nanti. Terima kasih buat semua yang membantu..

Antara paparan sepanjang program dijalankan.






Monday, 25 September 2017

Majlis Pelancaran Ujana Ilmu SK Taman Putra Perdana

Tarikh : 25 September  2017
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi  (Sesi pagi) / 1.20 tengah hari (Sesi petang)
Tempat : Dataran Perhimpunan

Pengenalan 

Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah Bt. Mohd Ali telah memberikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Ujana Ilmu. Tuan YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar Bin Mohamad Suffian juga telah memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Ujana Ilmu.

Objektif Ujana Ilmu iaitu:

1) Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
2) Menggalakkan para pelajar dan guru-guru menggunakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di Ujana Ilmu
3) Meningkatkan profesionalisme guru
4) Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
5) Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran. 


Guru Besar juga menerangkan maksud Ujana Ilmu yang merupakan jenama baharu nama Pusat Sumber SKTPP bersempena penglibatan SKTPP dalam Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2017. Penjenamaan ini sebagai satu usaha dalam menarik minat warga SKTPP terutamanya murid-murid untuk melibatkan diri secara langsung terhadap aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah. Ujana Ilmu membawa maksud taman pengetahuan yang mengangkat pusat sumber sebagai agen utama dalam penyampaian ilmu pengetahuan. Tema dan konsep Ujana Ilmu SKTPP ialah "airport".

Atur Cara Majlis 

8.00 pagi / 1.20 petang 

1) Ucapan Guru Besar 
2) Ucapan YDP PIBG
3) Perasmian Majlis 
4) Gimik Pelancaran Ujana Ilmu
5) Upacara Memotong Reben


Jawatankuasa Induk Ujana Ilmu

Pengerusi : Puan Hajah Rohaidah bt. Mohd Ali
Timbalan Pengerusi : Puan Azizah bt. Mokhlas
Naib Pengerusi 1  : Puan Jumilah bt. Ahmad 
Naib Pengerusi 2  : Puan Rosmah bt. Jamat
Naib Pengerusi 3  : Encik. Shahrizal b. Ya'am 
Naib Pengerusi 4  : Puan. Norhamizah bt. Hamzah
Setiausaha  : Puan. Siti Rabiah bt. Mohamad
Naib Setiausaha  : Puan. Arny Yusnita bt. Md Enarji
Bendahari : Puan Nik Kamisah bt. Mohd Aziz

Jawatankuasa Palancaran Ujana Ilmu

Banner : Mohd Rusydan bin Ismail
Jemputan  : Noor Hayati Binti Yusof
Juruacara  : Nurliza bt Ab. Rahman / Azura Farina bt. Abdullah
Siaraya  : Hj Tarmiji Bin Sabali / Saifullah bin Mat Saupi
Buku Program : Hariz Safwan Bin Yacoob / Ahmad Zubair b. Hj Muhd Taib / Aizil Hasyimi b. Abd Rahman
Gimik Pelancaran  : Muhammad Afiq Bin Azli / Nurul Iman Bin Illyas / Norfauziaton Binti Ali Mohamed / Suriyana Binti Nanyan / Nora Binti Sabihi / Norazmira Binti Kadirun 
Jurugambar : Arjunawati Binti Ahmad Nuze / Nor Amirulfitri Bin Othman
Posting blog : Komagal a/p Kunaisekaran / Visva Vilasini a/p Koppal @Goppal




Terima kasih atas kehadiran YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar yang telah melancarkan program dan Naib YDP PIBG; Tn. Hj. Mohd. Rahmat yang sudi memeriahkan majlis.

Terima kasih buat anak-anak PPKI yang telah melaksanakan gimik pelancaran.


"Ujana Imu Terminal Ilmu Pengetahuan"

Friday, 15 September 2017

Sesi Bimbingan Oleh PKG

Bagi memantapkan pengurusan PSS, Ketua PKG Salak; En. Mohamad dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Salak; En. Azreen telah turun padang ke sekolah memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang sangat berharga. Kehadiran mereka berdua banyak membantu guru-guru AJK Dokumentasi khususnya. Pelbagai persoalan telah terungkai, kebimbangan telah terlerai dan kekusutan dapat diselesaikan. Semoga perkongsian ilmu dan idea ini akan menyuntik semangat kepada guru dan warga sekolah menuju ke hari pertandingan yang telah ditangguhkan pada 25 Oktober 2017 nanti..