Perbincangan pentadbir dan think tank Ujana Ilmu bersama Parent Support Group (PSG) Sepang Rangers Cricket Club (SRCC) & AJK Bilik Bitara Kriket telah diadakan dengan penuh semangat kekeluargaan. Pihak SRCC diketuai Timbalannya; En. Mazlan bin Norman. Tujuan perbincangan ini adalah untuk menceria dan membangunkan fizikal serta lanskap bilik bitara kriket SKTPP. Semoga bilik bitara kriket yang merupakan salah satu jaringan utama yang dipersembahkan kepada penilai APPSSC Kebangsaan nanti sehebat pencapaian cemerlang kriket kita. Segala sumbangan idea, tenaga, kewangan dan masa yang diberi amat dihargai...
Wednesday, 3 April 2019
Wednesday, 6 March 2019
Tahniah SKTPP : Johan Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang (APPSC) Peringkat Negeri Selangor 2018
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat warga Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana kerana telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang (APPSC) Peringkat Negeri Selangor 2018. Penyerahan anugerah ini telah diadakan pada 6 Mac 2019 dalam Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Selangor 2018 di Sekolah Menengah Bestari, Subang Jaya. Anugerah yang penuh bermakna ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Salleh bin Mohd Kassim, Pengarah Pendidikan Selangor. Penerima anugerah ini telah diwakili oleh Puan Azizah binti Mokhlas, Penolong Kanan Pentadbiran dan Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji, Guru Media. Guru Besar; Pn. Rohaidah Mohd Ali ketika ini sedang mengerjakan ibadah umrah.
Tahniah diucapkan kepada semua murid, guru, kakitangan, ibu bapa, PIBG dan komuniti sekolah. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama dari semua pihak. Terima kasih semua. Semoga kita akan kekal cemerlang dan berjaya dalam pertandingan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Julai 2019 kelak.
Tahniah diucapkan kepada semua murid, guru, kakitangan, ibu bapa, PIBG dan komuniti sekolah. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama dari semua pihak. Terima kasih semua. Semoga kita akan kekal cemerlang dan berjaya dalam pertandingan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Julai 2019 kelak.
Disediakan oleh :
Visva Vilasini Goppal
Monday, 4 March 2019
Pelancaran Hari NILAM Selangor (HaNIS) Peringkat Daerah Sepang 2019
Pada 4 Mac 2019 (Isnin), telah diadakan pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS) bertempat di Dewan Perdana SKTPP. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn Hj Arbain Bin Pinni (Ketua Pegawai Pendidikan, PPD Sepang).
· Meningkatkan minat untuk melaksanakan NILAM dengan bersungguh-sungguh
Objektif Program:
· Mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan murid dan guru
· Memberikan kesegaran baru dalam program NILAM sekolah dan daerah.
Ucapan Guru Besar
Ucapan Pelancaran oleh Ketua PPD Sepang
1. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak sekolah kerana menjadi tuan rumah Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS) peringkat Daerah Sepang.
2.Kemahiran membaca boleh membawa kemahiran reflektif dan kemahiran mencari maklumat. Ini memudahkan pemupukan budaya membaca dan pencapaian objektif Nilam.
3.Sesungguhnya amalan membaca boleh membentuk masyarakat menjadi golongan yang aktif dan berdaya maju dari aspek personaliti dan rohani serta maju dan matang dari sudut mental dan fizikal.
Atur Cara Program:
7.30 pagi : Murid berkumpul di Dewan Perdana
: Ketibaan Jemputan Khas
: Ucapan Aluan Pengacara Majlis
: Ucapan Guru Besar (Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali)
: Ucapan Pelancaran Ketua PPD (Tn Hj Arbain Bin Pinni)
: Gimik Pelancaran
: Persembahan
: Sesi Fotografi
: Jamuan VVIP
: Lawatan ke Ujana Ilmu dan : Perasmian Menara Virtual
MAJLIS PELANCARAN HaNIS PERINGKAT DAERAH SEPANG 2019
Murid berkumpul di Dewan Perdana
Ketibaan Jemputan Khas
Ucapan Aluan Pengacara Majlis
Murid berkumpul di Dewan Perdana
![]() |
| Murid berkumpul di Dewan Perdana, SKTPP |
Ketibaan Jemputan Khas
![]() |
| Ketibaan Jemputan Khas iaitu Tuan Haji Arbain Bin Pinni (Ketua Pegawai Pendidikan, PPD Sepang) |
![]() | |
|
Ucapan Aluan Pengacara Majlis
![]() |
| Ucapan kata aluan oleh pengacara majlis iaitu adik Muhammad Ammar bin Muhamad Rizal dan adik Dhaniya Batrisyia binti Supri yang mengalu-alukan kedatangan para jemputan. |
Ucapan Guru Besar
![]() |
| Ucapan Guru Besar SKTPP (Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali) |
1. Mengucapkan Selamat Datang kepada Tuan KPPD, Tn. Hj Arbain Bin Pinni bersama Majlis Tertinggi Nilam Daerah Sepang ke Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP).
2. Merasa berbesar hati dan berterima kasih kepada PPD Sepang dan PKG kerana telah memilih dan memberi kepercayaan kepada sekolah ini untuk menjadi tapak lokasi Pelancaran Hari NILAM Selangor (HaNIS) peringkat daerah Sepang 2019.
3.Memaklumkan program NILAM iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan program yang bermatlamat untuk membina tabiat membaca dalam kalangan anak-anak murid SKTPP bertemakan #MalaysiaMembaca.
4. Pelaksanaan NILAM tahun ini telah mendapat kerjasama dari Syarikat Beebudz dan Cheritara Enterprise sempena Program Jom Jelajah Sekolah.
5. Berbagai-bagai program melibatkan aktiviti galakan membaca telah diadakan yang melibatkan penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan diakhiri dengan pengiktirafan yang bersesuaian.
Ucapan Pelancaran oleh Ketua PPD Sepang
Ucapan Perasmi oleh Tuan Haji Arbain Bin Hj Pinni (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sepang)
2.Kemahiran membaca boleh membawa kemahiran reflektif dan kemahiran mencari maklumat. Ini memudahkan pemupukan budaya membaca dan pencapaian objektif Nilam.
3.Sesungguhnya amalan membaca boleh membentuk masyarakat menjadi golongan yang aktif dan berdaya maju dari aspek personaliti dan rohani serta maju dan matang dari sudut mental dan fizikal.
4.Beliau menyeru kepada semua guru dan murid supaya mencontohi Ibnu 'Abbas iaitu sepupu kepada Rasulullah SAW kerana sikap beliau yang menjadikan amalan membaca suatu kewajipan.
Gimik Pelancaran
Persembahan
Majlis Pelancaran HaNIS diserikan dengan tiga buah persembahan yang berbeza seiring dengan matlamat HaNIS yang berkonsepkan bacaan.
Gimik Pelancaran
![]() |
| Gimik pelancaran dimulakan dengan lakonan cerita pendek |
![]() |
| Pelancaran Gimik telah disempurnakan oleh adik Muhammad Amir Al Hafiz, adik Mohd Hakimi dan adik Aisy Hafiy dengan bimbingan daripada Ustaz Mohd Hadri Bin Ag Idris |
Persembahan
Majlis Pelancaran HaNIS diserikan dengan tiga buah persembahan yang berbeza seiring dengan matlamat HaNIS yang berkonsepkan bacaan.
![]() |
| Persembahan oleh adik Hadeel Binti Abdullah untuk resensi bacaan Bahasa Arab |
![]() |
| Persembahan oleh adik Rayyan Hayy Bin Zunaizan untuk resensi bacaan Bahasa Inggeris |
![]() |
| Persembahan Sajak bertajuk Bunga Pusaka Bangsa yang disampaikan oleh adik Nur Qalisha Umaira Binti Alias |
![]() |
| Persembahan terakhir oleh adik Nurul Aisyah Aqilah Binti Azizi dengan mempersembahkan sebuah cerita yang bertajuk Puteri Santubong Puteri Sejinjang. |
Sesi Fotografi
Jamuan VVIP
Lawatan Ke Ujana Ilmu dan Perasmian Menara Virtual
![]() |
| Gambar kenang-kenangan barisan para pentadbir SKTPP bersama Majlis Tertinggi NILAM Daerah Sepang dan wakil dari Beebudz serta Cheritara Enterprise |
Jamuan VVIP
![]() |
| Jamuan Ringan yang dikelola oleh murid-murid Pandu Puteri Tunas |
Lawatan Ke Ujana Ilmu dan Perasmian Menara Virtual
![]() |
| Lawatan Ketua Pegawai Pendidikan, PPD Daerah Sepang ke Ujana Ilmu SK Taman Putra Perdana |
![]() |
| Menara Virtual Ujana Ilmu SKTPP dirasmikan oleh Tuan Haji Arbain Bin Pinni, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sepang
Temuramah melalui telefon secara langsung bersama Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah Mohd. Ali berkaitan Pelancaran HaNIS peringkat Daerah Sepang telah disiarkan di slot Selamat Pagi Malaysia TV1 semalam 3 Mac 2019
* Video wawancara langsung Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah binti Mohd. Ali @ SPM TV1 sila klik di sini.
Disediakan oleh;
Roslina Bt Jafar dan Norfauziaton Bt Ali Mohamed
|
Sunday, 3 March 2019
Temuramah Langsung GB @ SPM TV1 Berkaitan Pelancaran HaNIS Daerah Sepang 2019
Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah binti Mohd Ali telah ditemuramah secara langsung oleh penyampai rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1 sempena Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS) Peringkat Daerah Sepang 2019 yang akan diadakan esok (4 April 2019) di SKTPP...
Majlis Pelancaran HaNIS Peringkat Daerah Sepang 2019 sila klik di sini.
Majlis Pelancaran HaNIS Peringkat Daerah Sepang 2019 sila klik di sini.
Tuesday, 12 February 2019
Program Galakan Membaca & Galak Guna Pusat Sumber: Pameran Buku-buku Baharu & Kempen Pinjam Buku Sebulan Sekali 1BMGSS
Program ini telah dijalankan pada 12 Februari 2019 di Dewan Perdana pada pukul 8:00 a.m. Program ini menjadi satu medium untuk mempromosikan program NILAM di sekolah kepada murid-murid. Selain itu, budaya dan semangat membaca dapat dipupuk yang akan membantu dalam pembelajaran harian, di samping menjadi medium promosi antara pusat sumber dan seluruh warga sekolah tentang wujudnya buku-buku baharu yang tersedia di Ujana Ilmu untuk kegunaan seluruh warga sekolah. Semoga semua pelajar dapat memanfaatkannya.
Antara gambar-gambar yang dirakam sepanjang program:
![]() |
| Pengerusi majlis |
![]() |
| Guru Besar memberi ucapan |
![]() |
| Penyelaras program |
![]() |
| Wajah pelajar-pelajar |
![]() |
| Pelancaran program |
![]() |
| Gambar bersama Pengawas Pusat Sumber (Ujana Ilmu) |
Disediakan oleh:
Pn. Visva Vilasini Goppal
Friday, 25 January 2019
Pelancaran Program 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah 2019
Tarikh : 25 Januari 2019
1.45 - 2.15 (Sesi Petang)
Hari : Jumaat
Masa : 7.45 - 8.15 (Sesi Pagi)
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP
Pada hari ini, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah berjaya melancarkan Program 5 Minit
Membaca peringkat sekolah 2019. Program ini telah dijalankan selepas bacaan
Yassin dan telah mendapat kerjasama dari semua warga SKTPP.
Program 5 Minit Membaca diadakan adalah bertujuan untuk:
- Meningkatkan minat membaca dalam kalangan warga SKTPP terutamanya murid-murid.
- Memberi pendedahan kepada warga SKTPP mengenai adanya mengenai adanya program 5 Minit Membaca.
- Memberi peluang kepada seluruh warga SKTPP untuk melibatkan diri dalam program membaca.
- Sebagai medium komunikasi antara Ujana Ilmu dengan warga sekolah tentang wujudnya buku-buku baharu.
- Menarik minat warga SKTPP untuk mengimarahkan Ujana Ilmu sebagai pusat informasi.
Majlis pelancaran ini telah dimulakan dengan penerangan
ringkas tentang program ini yang telah disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita
Binti Md. Enarji selaku Guru Perpustakaan Dan Media. Seterusnya, program ini
telah disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, Puan Hajah
Rohaidah Binti Mohd Ali. Beliau menyatakan sepenuh sokongan dan kerjasama dalam program-program Ujanq Ilmu dan berharap agar segala program yang dirancang oleh Ujana Ilmu berjaya dan memberi
kesan yang besar kepada murid-murid di sekolah.
Paparan warna-warni program yang sempat dirakamkan ketika majlis pelancaran berlangsung:-
![]() |
| Buku Program Pelancaran Program 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah 2019 |
![]() |
| Bunting Pelancaran Program 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah 2019 |
![]() |
| Sebahagian murid yang bersama-sama menjayakan program pada hari ini. |
![]() |
| Puan Nurliza Binti Ab Rahman selaku pengerusi majlis |
![]() |
| Ustaz Mahadir Bin Midun membacakan doa agar program yang dijalankan berjalan dengan lancar dan diberkati ALLAH |
![]() |
| Guru Besar SKTPP, Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali memberikan ucapan seterusnya merasmikan Program 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah 2019 |
![]() |
| Guru Besar SKTPP, Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali bergambar bersama Penolong Kanan Akademik, Puan Azizah Binti Mokhlas |
![]() |
| Bergambar kenangan bersama barisan pentadbir dan jawatankuasa program |
![]() |
| Sebahagian pengawas Pusat Sumber mengabadikan kenangan bersama pentadbir dan guru-guru SKTPP |
Sekalung penghargaan yang tidak terhingga juga diberikan kepada
barisan pentadbir SKTPP atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan program
ini. Diharapkan agar program ini dapat menyemai sifat cintakan buku dan ilmu
dalam kalangan pelajar SKTTP.
"UJANA ILMU WADAH KECEMERLANGAN"
Subscribe to:
Posts (Atom)
























































