Thursday, 11 April 2019

Mesyuarat Pemindahan Ilmu ITMA UPM

Hari ini pihak Institut Teknologi Maju (ITMA) UPM telah mengadakan Mesyuarat Program Pemindahan Ilmu : Menambahbaik Laman SKTPP yang  berlangsung di ITMA, UPM. Pihak sekolah diwakili oleh Guru Besar; Pn. Rohaidah binti Mohd. Ali, Guru Perpustakaan dan Media (GPM); Pn. Arnny Yusnita binti Md. Enarji dan Pengurus Projek Ujana Ilmu; Cikgu Mohd Rusydan bin Ismail. Pihak ITMA bercadang mengadakan kolaborasi dengan menjalankan 3 projek inovasi melibatkan teknologi di anjung sekolah. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam menjayakan projek yang dirancang. Terima kasih banyak buat pengurus projek; Prof. Madya Dr. Suraya binti Abdul Rashid. Terima kasih UPM. Semoga anak-anak SKTPP mendapat banyak manfaat dari program pemindahan ilmu dalam bidang teknologi terkini ini...















Friday, 5 April 2019

Lawatan Perkongsian Pintar ke PSS SK Taman Desa 2, Rawang

Lawatan perkongsian pintar amalan pengurusan Pusat Sumber Cemerlang (Penandaarasan) SKTPP ke SK Taman Desa 2 (SKTD2), Rawang telah berjalan lancar hari ini. Terima kasih En. Rosli Ahmad PPD Sepang dan En. Mohamad Awang PKG Salak sudi mengatur lawatan ini serta bersama-sama melawat sekolah tersebut yang merupakan Naib Johan Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang (APPSC) peringkat Kebangsaan tahun 2018.
Tahniah buat SKTD2 atas pencapaian hebat kalian. Terima kasih atas layanan mesra dan perkongsian pengalaman yang diberi. Kami amat teruja dengan kehebatan bilik-bilik khas, laman, mural & keceriaan PSS & persekitaran sekolah tersebut. Memang selayaknya dinobat dengan pencapaian cemerlang tersebut. Terima kasih banyak buat GB SKTD2; Pn. Siti Rohana serta para pentadbir & GPM atas segala ilmu dan tips yang dikongsi. Sangat bermanfaat buat kami & mohon izin dikongsi sama..






























Thursday, 4 April 2019

Mesyuarat APPSC Kebangsaan Bersama Semua Guru Bil. 1

Setelah senarai AJK Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan (APPSCK) disiapkan, semua guru bermesyuarat dan mendengar taklimat berkaitan pertandingan tersebut dan tugas masing-masing. Guru Perpustakaan dan Media SKTPP; Pn. Arnny Yusnita bt. Md. Enarji telah menyampaikan taklimat dengan begitu terperinci serta bertenaga. Semoga guru-guru dan seluruh warga sekolah akan dapat menjalankan tugas yang diberi dengan penuh tanggungjawab, ikhlas dan sebaik mungkin. Hasil pengalaman terlibat dengan APPSC ini selama 2 tahun membuktikan warga sekolah kita sangat cemerlang, justeru SKTPP dinobatkan selaku Johan APPSC Negeri Selangor 2018. Bahkan kerjasama dan komitmen yg hebat selama inilah yang menjadi rahsia kejayaan Ujana Ilmu kita. Semoga ia akan lebih terserlah & bersemangat lagi demi merealisasikan harapan kita semua. Insyaa Allah.. aamiinn yra...