Monday, 27 July 2020
Saturday, 7 March 2020
Pelancaran Program Fokus 10 Minit 'FOS' & Dana Tabung 10 Sen 'Dana T10' (Sesi Petang)
Tarikh : 20 Febuari 2020 (Khamis)
Masa : 1.30 Petang
Tempat : Dewan Perdana
1. APA ITU PROGRAM 'FOS'?
Program 'FOS' atau Program Fokus 10 Minit adalah antara inisiatif Ujana Ilmu SKTPP bagi membudayakan amalan membaca dalam kalangan warga SKTPP khasnya para murid. Amalan membaca merupakan suatu budaya yang kritikal untuk diterapkan bagi semua lapisan umur agar Malaysia mampu melahirkan warganya yang berfikiran matang dan juga kritis.
Objektif FOS:
- mempromosikan program NILAM sekolah
- menyokong dan memantapkan pelaksanaan program NILAM
- memupuk budaya suka membaca sebagai asas ilmu
2. APA ITU PROGRAM 'DANA T10'?
Program 'DANA T10' atau Program Dana Tabung 10 sen merupakan suatu langkah Ujana Ilmu SKTPP bagi menyemai amalan menabung dalam diri murid-murid. Sumbangan yang dianggap kecil iaitu sebanyak 10 sen ini sebenarnya boleh membantu Ujana Ilmu dalam menyediakan peralatan serta bahan bacaan yang lebih berkualiti untuk kegunaan bersama.
Objektif 'DANA T10':
- menggalakkan pengunjung Ujana Ilmu dalam kalangan murid, guru dan staf
- menceriakan kiosk- kiosk di Ujana Ilmu
- menambah peralatan Ujana Ilmu untuk keselesaan pengguna
- menanam sikap suka menabung dalam kalangan murid dan warga sekolah
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung:
Disediakan oleh:
![]() |
| Pengacara Majlis: Pn. Nik Rosmaliza binti Nik Hussain |
![]() |
| Bacaan Doa: Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil |
![]() |
| Peneraju Utama: Pn. Arnny Yusnita selaku Guru Perpustakaan & Media (GPM) SKTPP |
![]() |
| Perasmi Program: Pn. Jumilah binti Ahmad (PK Petang) |
![]() |
| Gimik Pelancaran 'FOS'. Pn. Jumilah sedang menyusun puzzle berbentuk kotak. |
![]() |
| Gimik Pelancaran 'DANA T10'. Pn. Jumilah sedang memasukkan duit-duit syiling 10 sen ke dalam tabung dana. |
![]() |
| Antara wakil murid yang menyumbangkan duit 10 sen ke dalam tabung dana. |
![]() |
| Wakil guru dan murid bergambar bersama PK Petang, Pn. Jumilah binti Ahmad dan Pn. Arnny |
Disediakan oleh:
En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
Thursday, 20 February 2020
Pelancaran Program Fokus 10 Minit “FOS” dan Dana Tabung 10 Sen “Dana T10” 2020 (Sesi Pagi)
Tarikh : 20 Februari 2020
Hari : Khamis
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP
![]() |
| Buku program Pelancaran Fokus 10 Minit "FOS" dan Dana Tabung 10 Sen "Dana T10" |
Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan adunan atau gabungan semua aktiviti yang dijalankan di sekolah dengan pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah yang dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah murid tamat persekolahan. Dalam menyokong dan meneruskan program ini, maka pihak Pusat Sumber Sekolah (Ujana Ilmu) telah merangka dan merancang pelbagai aktiviti yang melibatkan seluruh warga sekolah. Program Fokus 10 Minit atau “FOS” adalah salah satu wadah dan seruan kepada semua murid dan guru agar terus membugarkan amalan membaca.
Pengiktirafan yang sesuai mengikut pencapaian pembacaan murid dan guru wajar diberi penghargaan agar amalan positif ini terus sebati dalam kehidupan. Tabung Dana 10 Sen (Dana T10) yang julung-julung kalinya diperkenalkan di sekolah ini adalah sebagai langkah awal menyemai amalan menabung dalam diri murid. Sumbangan yang dianggap kecil sebenarnya boleh membantu Ujana Ilmu dalam menyediakan peralatan serta bahan bacaan untuk kegunaan bersama.
Di antara objektif program Fokus 10 Minit “FOS” ini ialah:
- Mempromosi program NILAM di sekolah.
- Menyokong dan memantapkan pelaksanaan program NILAM.
- Memupuk budaya suka membaca sebagai asas ilmu pengetahuan.
Manakala, objektif program Tabung Dana 10 Sen “Dana T10” ialah:
- Menggalakkan pengunjung pusat sumber dalam kalangan murid, guru serta staf sekolah.
- Menceriakan kiosk-kiosk di pusat sumber.
- Menambah peralatan pusat sumber untuk keselesaan pengguna.
![]() |
| Bunting Program Fokus 10 Minit "FOS" |
![]() |
| Bunting Program Dana T10 |
Pelancaran program ini telah bermula pada jam 7.30 pagi yang dimulakan dengan ucapan aluan pengacara majlis oleh Pn. Noor Hayati Binti Yusof dan kemudiaannya disambung dengan bacaan doa oleh Ustaz Mahadir Bin Midun dengan harapan dan pergantungan kita kepada ALLAH supaya majlis dan program yang dirancang mencapai matlamat yang diinginkan.
![]() |
| Pn. Noor Hayati Binti Yusof selaku pengerusi majlis yang sentiasa menceriakan program sekolah |
![]() |
| Bacaan Doa oleh Ustaz Mahadir Bin Midun |
![]() |
| Murid-murid yang sama-sama menyokong program yang dianjurkan |
![]() |
| Barisan jawatankuasa pelaksana yang bertungkus lumus dalam menjayakan program |
![]() |
| Barisan pentadbir yang hadir bersama memeriahkan majlis |
![]() |
| Guru-guru yang menjadi tonggak kecemerlangan sekolah sentiasa hadir menyokong program sekolah |
Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji selaku Guru Perpustakaan dan Media (GPM) telah memberikan taklimat berkaitan dengan dua program yang dianjurkan oleh Ujana Ilmu SKTPP. Pendedahan dan informasi berkaitan dengan program yang dijalankan ini membolehkan murid, guru serta semua warga sekolah memahami tujuan penganjurannya.
![]() |
| Puan Arnny Yusnita Binti Md. Enarji selaku Guru Perpustakaan dan Media (GPM) |
![]() |
| Pn. Arnny Yusnita Binti Md. Enarji memberikan pendedahan dan maklumat terperinci berkaitan dengan program yang akan dijalankan |
Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali dan diikuti dengan gimik perasmian yang turut sama disempurnakan oleh barisan pentadbir sekolah.
![]() |
| Pn. Hajah Rohaidah sedang memberikan ucapan sekaligus merasmikan Pelancaran Program Fokus 10 Minit “FOS” dan Dana Tabung 10 Sen “Dana T10” bagi tahun 2020 |
![]() |
| Acara gimik perasmian |
![]() |
| Guru Besar memasukkan duit 10 sen sebagai tanda sokongan kepada program yang dirasmikan |
![]() |
| Puan Azizah binti Mokhlas turut sama menjayakan gimik perasmian |
![]() |
| Datin Noraizah binti Dun yang merupakan PK Hal Ehwal Murid sama-sama menjayakan gimik perasmian |
![]() |
| Gimik perasmian diakhiri dengan Pn. Norhamizah binti Hamzah selaku PK PPKI |
Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama barisan pentadbir dan jawatankuasa pelaksana program. Diharapkan agar program ini akan memberi satu nafas baru ke arah kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah di atas moto “UJANA ILMU WADAH KECEMERLANGAN”
![]() |
| Barisan pentadbir bergambar kenangan bersama jawatankuasa pelaksana program |
![]() |
| Murid-murid SKTPP seronok menjayakan program yang dijalankan |
![]() |
| Aqil Fahim memasukkan duit 10 sen ke dalam tabung Dana T10 sebagai tanda sokongan |
![]() |
| Murid-murid yang lain turut sama bergambar kenangan selepas tamat majlis pelancaran
Disediakan oleh :
Syahirah Tumar
|
Tuesday, 12 November 2019
Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah (APS) Peringkat Negeri Selangor 2019
Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah (APS) Peringkat Negeri Selangor 2019 telah diadakan di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) KPM, Bukit Kiara. Terima kasih kepada BTPN Selangor kerana menganugerahi Anugerah Khas Pusat Sumber Sekolah Cemerlang kepada SKTPP selaku wakil Selangor ke APS Peringkat Kebangsaan. Tahniah kepada para pemenang khususnya GPM SKTPP; Cikgu Arnny Yusnita bt. Md. Enarji yang telah dinobatkan sebagai Ikon Guru Perpustakaan Media (GPM) Negeri Selangor 2019. Beliau akan mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan tahun depan. Semoga berjaya!
Tahniah juga buat PKG Salak yang diketuai Penyelarasnya; En. Mohamad bin Awang serta En. Azreen atas kejayaan selaku Johan Keseluruhan Pembestarian PKG Negeri Selangor. Setinggi-tinggi penghargaan buat PPD Sepang atas pencapaian cemerlang sekolah, guru dan murid yang bertanding. Hebat! Terbaik!
Tahniah juga buat PKG Salak yang diketuai Penyelarasnya; En. Mohamad bin Awang serta En. Azreen atas kejayaan selaku Johan Keseluruhan Pembestarian PKG Negeri Selangor. Setinggi-tinggi penghargaan buat PPD Sepang atas pencapaian cemerlang sekolah, guru dan murid yang bertanding. Hebat! Terbaik!
Bergambar kenangan dengan KPPD Sepang; Tn. Hj. Arbain bin Pinni yang sangat menginspirasikan
Ucapan Pengarah JPS
Ucapan perasmi
GB bersama para peserta
Cikgu Arnny menunggh nama dipanggil untuk naik ke pentas
Barisan calon Ikon GPM Negeri Selangor 2019 di atas pentas
GPM SKTPP; Cikgu Arnny Yusnita bt Md. Enarji menerima anugerah Ikon Guru Perpustakaan & Media (GPM) Negeri Selangor 2019. Tahniah!!
GB menerima Anugerah Khas PSS Cemerlang
Piala-piala kebanggaan SKTPP
Tahniah PKG Salak - PKG Terbaik 2019!
Merakam kejayaan bersama Tuan KPPDS; Tn. Hj. Arbain bin Pinni
Bersama para pemenang delegasi Sepang
Bersama pentadbir SKTPP yang awesome
GB & GPM SKTPP; Cikgu Arnny Yusnita
Terima kasih banyak buat barisan pembimbing; pegawai-pegawai BTPN Selangor, PKG Salak dan PPD Sepang. Jasamu dikenang!
Subscribe to:
Posts (Atom)



























































