Terima kasih murid-murid!
Wah, meriah sungguh Ujana Ilmu hari ini! Sejurus sahaja loceng rehat 9.30 pagi berbunyi, sepantas kilat tetamu-tetamu kecil ini sudah memenuhi ruangan Ujana Ilmu. Bila ditanya.."Dah makan ke belum?" Dengan cerianya murid-murid ini menjawab "Saya kenyang, teacher..saya nak baca buku". Alhamdulillah.. semoga generasi cinta ilmu ini akan terus bersinar menjadi pemimpin yang berilmu suatu masa nanti. Tetamu Ujana Ilmu tidak pernah putus, tepat pada pukul 12.30 tengah hari, sekali lagi anak-anak comel sesi petang mula memenuhi setiap pelosok Ujana Ilmu. Saya mengambil peluang keemasan ini untuk memperkenalkan Sistem Dewey kepada tetamu-tetamu saya ini. Jauh di sudut hati, saya bangga melihat mereka selesa berinteraksi dengan buku-buku yang ada di Ujana Ilmu. Wajah-wajah yang sempat saya rakamkan pada hari ini....

Penerangan Sistem Dewey oleh Pn. Arnny. |
Murid sedang memerhatikan nombor Sistem Dewey yang terdapat pada tulang buku. |
Murid membantu menyusun buku-buku yang telah selesai dibaca ke rak mengikut Sistem Dewey. |
Murid sedang memilih buku untuk dibaca. |
Tetamu Ujana Ilmu padaa tengah hari ini. |
Si kecil comel, santai membaca buku. |
Pelbagai aksi ketika berada di Ujana Imu. |
Sesi bacaan berkumpulan, baca dan dengar. |
Murid mendebgar penerangan Sistem Dewey. |
Murid juga diperkenalkan dengan buku 'red spot' yang terdapat di Ujana Ilmu. |
'Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan'
Coretan;
Arnny Yusnita binti Md. Enarji
Guru Perpustakaan & Media SKTPP
No comments:
Post a Comment