Thursday, 18 January 2018

Pelantikan Pengawas Ujana Ilmu Sesi Persekolahan 2018

Majlis Pelantikan Pengawas Ujana Ilmu 2018

Tarikh  :   18 Januari 2018

Hari     :    Khamis
Masa    :    7.30 - 8.30 (Sesi Pagi)
                1.30 - 2.30 (Sesi Petang)

Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah atau juga dikenali sebagai Pengawas Ujana Ilmu telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini.  Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah buat semua anak didik SKTPP yang telah berjaya dipilih sebagai agen pemangkin perkembangan Ujana Ilmu SKTPP.  Majlis pelantikan ini telah dijayakan oleh 92 orang pengawas Ujana Ilmu yang terdiri daripada 5 orang pengawas PPKI, 18 orang murid tahun 3, 22 orang murid tahun 4, 22 orang murid tahun 5 serta 25 orang murid tahun 6.



Berikut paparan gambar sepanjang pelantikan Pengawas Ujana Ilmu berlangsung:-

Tuan Hj. Kairul Azhar bin Muhammad Suffian, YDP PIBG, sedang menyampaikan ucapan.

Nur Zakia Amni binti Mohd Azmi (6 Surgeri), Penolong Ketua Pengawas Ujana Ilmu, sesi pagi 2018
Barisan Pengawas Ujana Ilmu sesi pagi, bersiap sedia untuk membaca ikrar.
Bacaan Ikrar Pengawas Ujana Ilmu, sesi petang.

Barisan Pengawas Ujana Ilmu Mini PPKI, turut menerima watikah pelantikan.

Zuhry Zayyan bin Zunaizan, Pengawas Ujana Ilmu dari 5 Tabla.

Muhammad Faris Hakim bin Azman (3 Intelek), selaku Ketua Pengawas Ujana Ilmu, sesi petang 2018.
Sharifah Qaseh binti Said Khairuddin (3 Intelek), selaku Penolong Ketua Pengawas, sesi petang 2018.

Syabas dan tahniah kepada semua pengawas Ujana Ilmu, sesi 2018!
'Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan'

No comments:

Post a Comment