Thursday 11 October 2018

Mesyuarat Guru Perpustakaan & Media (GPM) Serta Lawatan Ke Ujana Ilmu

Pada 11 Oktober 2018, Mesyuarat Guru Perpustakaan Dan Media (GPM) Bilangan 2 telah diadakan bertempat di Terminal Muafakat, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.  Seramai 42 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Daerah Sepang telah menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut.  Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Azreen; Pegawai Pusat Kegiatan Guru (PKG) Salak.  Pegawai PPD; Pn. Hajah Siti Aisyah binti Aziz turut hadir dalam mesyuarat ini.  Antara perkara-perkara yang dibincangkan termasuklah program-program yang bakal dijalankan sehingga hujung tahun dan perkara-perkara berbangkit serta segala isu yang berkaitan dengan GPM. 

Di samping bermesyuarat, pegawai-pegawai PPD dan semua GPM berkesempatan melawat Ujana Ilmu yang pada waktu ini berada dalam proses persediaan bagi penilaian Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang (APPSC) peringkat Negeri Selangor.

Para peserta mesyuarat juga dibawa melawat ke Bilik Bitara Kriket dan Bilik Sumber PPDa SKTPP..

Paparan info mesyuarat

GPM mendengar penyampaian mesyuarat
GPM mencatat kandungan mesyuarat



Guru-guru yang hadir

Guru Besar, Pn.Rohaidah bt Mohd. Ali dan Pegawai PPD, Pn. Siti Aisyah bt Aziz 

Bergambar kenangan di depan Bilik Sumber PPDa

No comments:

Post a Comment