Thursday 18 October 2018

Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (APPSSC) Peringkat Negeri Selangor 2018

18 Oktober 2018, tibalah tarikh yang dinanti-nantikan iaitu Hari Penilaian Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang  (APPSSC) peringkat Negeri Selangor Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP).  Pasukan Penilai APPSSC telah sampai di perkarangan sekolah seawal pukul 8.00 pagi dan disambut oleh Puan Rohaidah binti Mohd. Ali selaku Guru Besar bersama barisan pentadbir dan Ahli Jawatankuasa Sambutan.

Penilaian ini diketuai oleh Encik Nor Ahmad bin Khamzah, Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (Unit Kewangan & Perolehan) bersama Encik Wan Mohd. Farik bin Hassan, Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan). Tetamu yang turut serta ialah Puan Hajah Siti Aishah binti Aziz; Pegawai Unit Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Encik Muhammad bin Awang; Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Salak serta Encik Azreen bin Shaharin; Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Salak.

Pasukan penilai telah mengambil masa lebih 6 jam untuk melawat dan menilai semua tempat yang disenaraikan serta menyemak fail-fail yang telah disediakan mengikut kriteria penilaian.  Pasukan Penilai telah mengucapkan tahniah kepada Guru Besar dan seluruh warga SKTPP di atas usaha dan komitmen dalam perjuangan ke arah pengurusan pusat sumber sekolah cemerlang.  Semoga keputusan cemerlang akan diperolehi kerana kesungguhan persiapan kali ini amat memberangsangkan meskipun dibebani dengan pelbagai masalah dan tugasan hakiki lainnya. Syabas SKTPP!


Tempat-tempat yang terlibat dalam penilaian ini adalah seperti yang tersenarai di bawah.

Jaringan PSS
Pusat Sumber (Ujana Ilmu)
Bilik Sukan
Anjung Kafe
Bilik LINUS
Mini Ujana PPKI
Bilik Pemulihan
Bilik Bitara Kriket
Prasekolah
Bilik j-QAF
Anjung Tradisi
Anjung Botani
Anjung Pertiwi
Bilik Muzik
Makmal Sains
Makmal Komputer
Kiosk Setempat
Kiosk Warisan
Kiosk Akses
Kiosk NILAM
Kiosk Elektronik
Kiosk Karel
Terminal SAL
Menara Vitual
VIP Lounge
Kiosk Galeri 
Anjung Bahasa Inggeris
Kiosk Tema
Anjung Bahasa Melayu


Gambar-gambar sepanjang penghakiman...














No comments:

Post a Comment