Tuesday, 3 July 2018

Mesyuarat AJK Pelaksana Ujana Ilmu

"Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita"

Setelah melalui tahun yang mencabar pada tahun 2017, tahun ini sekali lagi Pusat Sumber SKTPP dipilih oleh pihak PPD Sepang untuk mewakili Daerah Sepang ke Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (APSSC) 2018. Pengalaman yang pernah dirasai pada tahun lepas menjadi pengajaran yang berguna bagi warga SKTPP dalam memastikan kejayaan untuk menjadi Johan bagi sesi  2018.

Oleh itu, suatu Mesyuarat AJK Pelaksana telah dijalankan pada 3 Julai 2018 yang lalu. Mesyuarat ini bertujuan untuk membahagikan tugas kepada semua guru SKTPP. Hal ini supaya guru dapat mengetahui tugas masing-masing dan saling membantu dalam mencapai kejayaan yang diinginkan. 

Bacaan doa diketuai Ust Mahadir bin Midun

Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali memulakan mesyuarat

Guru Besar Puan Rohaidah bersama mendengar penyampaian maklumat oleh Puan Arnny Yusnita

"Bersatu teguh bercerai roboh" azimat kata-kata yang dilontarkan oleh Puan Guru Besar, Puan Rohaidah semasa memberi kata alu-aluan sebelum mesyuarat diteruskan oleh Puan Arnny.


Puan Arnny sebagai Guru Penyelaras Ujana Ilmu merangkap Ketua AJK Pelaksana telah membentangkan kertas kerja cadangan perjalanan hala tuju kerja dengan begitu jelas dan sempurna. Ianya merangkumi anggota jentera pelaksana yang melibatkan semua guru SKTPP. Pembahagian tugas seperti ini amatlah penting kerana dengannya guru dapat fokus dan melahirkan kreativiti dengan tugas masing-masing.

Perbincangan berjalan dengan lancar

 

Guru-guru lelaki memberi perhatian kepada maklumat yang disampaikan


Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja,
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia.

Akhir sekali, semoga tugas yang diberikan dapat diselesaikan dengan jayanya. kesepaduan dan semangat kerjasama yang padu mampu membenihkan warna-warna kemanisan ukhuwah antara seluruh warga SKTPP. "Be the best, Beat the rest ". Wallahualam.

Monday, 2 July 2018

Kad Buku Ujana Ilmu

Pagi yang indah ditemani cahaya mentari yang bersinar membuktikan betapa agungnya kekuasaan Allah menciptakan Alam dengan kesempurnaan. Syukur kepada Allah atas setiap kurniaanNya. 

"Alhamdulillah"


Hari ini hari Isnin bersamaan 2 Julai 2018, pihak Ujana Ilmu telah memberikan maklumat mengenai kad Buku Ujana Ilmu kepada seluruh warga SKTPP. 

Murid memberi perhatian kepada maklumat yang disampaikan

Penggunaan Kad Buku Ujana Ilmu sebagai suatu usaha Ujana Ilmu menjaga kesempurnaan buku-buku yang ada di Ujana Ilmu. Ianya bagi mengesan jika terdapat kehilangan buku yang dipinjam oleh warga SKTPP.

Puan Arny Yusnita memberi gambaran jelas mengenai kad buku Ujana Ilmu

Penyampaian maklumat telah disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita sebagai Guru Media & Guru Penyelaras SKTPP. Kemudahan kad buku ini selain sebagai usaha menjaga buku-buku yang ada ianya juga sebagai suatu usaha untuk memberikan kemudahan kepada seluruh warga SKTPP mendapatkan buku yang diinginkan.

Akhir sekali semoga sedikit usaha yang dilakukan ini dapat menjadikan Ujana Ilmu sebagai pusat ilmu yang sempurna untuk seluruh warga SKTPP. Sekian.

Tuesday, 26 June 2018

Pemantauan PSS dan VLE Frog


"وَذَكِّر فَإِنَّ الذِّكرَى تَنفَعُ المُؤمِنِين (55)"

Maksudnya : Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(Surah adz-Dzariyat : 55)

"Manusia selalu terleka dan terlupa, malah perkataan manusia itu sendiri berasal daripada kata "Nisyan" iaitu "LUPA".


Pemantauan terhadap Pusat Sumber Sekolah yang dikenali sebagai Ujana Ilmu dan VLE Frog SKTPP telah dijalankan pada hari Selasa bersamaan 26 Jun 2018. Pemantauan ini telah dilakukan oleh pegawai dari Pusat Kegiatan Guru Salak iaitu En. Mohamad,  En Azreen dan En. Zaidi. Kedatangan mereka disambut oleh Puan Guru Besar SKTPP; Puan Rohaidah binti Mohd Ali, Cikgu Arny Yusnita, Cikgu Hafiz serta Cikgu Rusydan. Pemantauan ini bertujuan untuk menyemak kesediaan  dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah.

En Mohamad dan En Azreen petah memberi bimbibgan dan khidmat nasihat kepada Guru Besar, Guru Penyelaras Ujana Ilmu
dan Ketua Pelaksana Ujana Ilmu SkTPP
Ianya merangkumi pelbagai perkara, antaranya sistem pemfailan, laman keceriaan, kemudahan akses guru-murid dan laman inovasi kreativiti. Selain itu, En Mohamad dan En Azreen juga telah menyampaikan maklumat mengenai kriteria-kriteria yang perlu ada dalam mewujudkan sebuah Pusat Sumber yang cemerlang. Ianya amat membantu pihak warga SKTPP dalam persediaan menjelang Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (APSSC) peringkat Negeri Selangor yang akan disertai tidak lama lagi.

Pn Arny Yusnita mendapat bimbingan daripada En. Azreen

Pemantauan fizikal Ujana Ilmu

Pemantauan terhadap program VLE Frog oleh En. Zaidi bersama Cikgu Hafiz

Akhir sekali, warga SKTPP mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran pihak PKG Salak yang tidak jemu-jemu memberi nasihat dan ilmu dalam memantapkan pengurusan Ujana Ilmu SKTPP. Semoga impian warga SKTPP bagi menjadikan Ujana Ilmu sebagai wadah kecemerlangan SKTPP tercapai. Salam Ujana Ilmu. Terima Kasih.

Thursday, 7 June 2018

World #QuranHour Peringkat SK Taman Putra Perdana



Sesungguhnya Allah Tuhan kami, Nabi Muhammad Rasul kami dan al Quran panduan hidup kami


"قَالَ رَسُولُ اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيهِ وَسَلَّم مَن قَرَأَ حَرفًا مِن كِتَاب اللَّه فَلَهُ بِهِ حَسَنَةُ وَالحَسَنَةُ بِعَشرِ أَمثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرفٌ وًلًكِن الف حَرفٌ وَلَام حَرفٌ وميم حَرفٌ ...."

Maksudnya : Rasulullah bersabda Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah (al Quran), Maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan digandakan menjadi sepuluh kali, aku tak mengatakan ALIF LAM MIM itu satu huruf, akan tetapi ALIF satu huruf, LAAM satu huruf dan MIM satu huruf. (HR, Tirmidzi No.2853)

Kemeriahan bulan Ramadan bagi umat Islam disambut dengan memperbanyakkan amal Ibadah seperti bersolat terawih, menghidupkan malam dengan amalan Qiamullail dan bertadarus al Quran. Oleh itu dalam mengajar dan memberi galakan murid-murid SKTPP, pihak sekolah dengan bantuan Ujana Ilmu dan Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program World #Quran Hour peringkat sekolah.

Bacaan diketuai oleh Ust Zurilazman dan Ust Mahadir

Program ini telah diadakan pada 7 Jun 2018 bersamaan hari Khamis. Program ini selain bertujuan menghidupkan amalan membaca al Quran oleh warga SKTPP ianya juga sebagai pendorong kepada seluruh warga SKTPP dalam meningkatkan amal Ibadah sepanjang bulan Ramadan. 
Walaupun hanya sejam yang diluangkan bagi menjayakan program ini, ia tetap memberi makna kerana alunan ayat suci yang dibaca atau didengari memiliki keistimewaan yang mampu menundukkan hati yang keras. 

Saidina Umar al-Khattab RA yang terkenal sebagai seorang yang tegas dan keras hati , akhirnya tunduk kepada al Quran. Hatinya lembut selepas mendengar surah Taha. Begitu juga diharapkan berlaku kepada seluruh warga SKTPP. 

Murid membaca al Quran dengan khusyuk
Guru-guru tidak ketinggalan menyertai sama

Masing-masing tunduk menghayati kalimah-kalimah Allah

Indahnya hari ini jiwa-jiwa warga SKTPP dipenuhi dengan rasa cinta kepada al Quran. Walaupun bukanlah semua orang istiqamah membaca al Quran, tetapi program seperti ini diharap dapat menjadi batu loncatan kepada kita dalam melazimi ibadah membaca al Quran tidak kira masa dan tempat. Sesungguhnya Allah Tuhan kita, Nabi Muhammad Rasul kita dan al Quran panduan hidup kita.

Disediakan oleh : Ahmad Zubair

Friday, 20 April 2018

Minggu Pusat Sumber 2019 & Kempen Galakan Membaca : Pelancaran Dekat Membaca (Sesi Petang)

Minggu Pusat Sumber 2019 telah dilaksanakan pada 8 hingga 12 April 2019, manakala  pelancaran Kempen Galakan Membaca :  Perasmian Dekad Membaca & Perasmian Penutupan Minggu Pusat Sumber 2019 telah dilaksanakan pada 12 April 2019.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya sepanjang tarikh tersebut. Antara objektif program ini diadakan adalah :
  1. Sebagai satu medium untuk mempromosikan program galakan membaca di sekolah.
  2. Sebagai wadah menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam menyokong dan memantapkan pelaksanaan program galakan membaca.
  3. Memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan.
  4. Menyemai sifat ingin tahu 'curiousity' melalui program literasi maklumat.
  5. Memperkukuhkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan murid.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah :
  • Jom Kenali Pusat Sumber Kita
  • Pertandingan Menghias Haiwan (Tahun 2)
  • Lawatan ke Pusat Sumber Sekolah
  • Program 5 Minit Membaca
  • Lawatan 'Book Truck' daripada 'PTS'
  • Pertandingan Mencari Benda Tersembunyi (Tahun 1) 
  • Pertandingan Mewarna Kulit Buku (Tahun 2)
  • Pertandingan Teka Silang Kata (Tahun 3)
  • Pengunjung terbanyak Pusat Sumber Sekolah
  • Peminjam buku terbanyak Pusat Sumber Sekolah
Berikut merupakan paparan gambar yang berjaya dirakam sepanjang program ini berlangsung:

Hari Pertama (8 April 2019)
Pada hari pertama, antara aktiviti yang dijalankan adalah:
  • Taklimat Minggu Pusat Sumber Sekolah 2019 
  • Jom Kenali Pusat Sumber Kita Siri 1 (nama pusat sumber sekolah, lokasi, tema, sudut-sudut PSS)
  • Lawatan Tahun 1 ke PSS
  • Pertandingan Menghias Haiwan Tahun 2

Gambar 1: Taklimat Minggu Pusat Sumber dan Jom Kenali Pusat Sumber Kita Siri 1 yang disampaikan oleh Pn. Siti Maziah binti Mohamad Tajuddin

Gambar 2: Murid-murid  Tahun 1 teruja melihat pameran model lapangan terbang di Kiosk Setempat semasa lawatan ke Pusat Sumber Sekolah

Gambar 3 : Guru-guru bergambar bersama murid-murid Tahun 1 semasa sesi lawatan ke PSS


Gambar 4: Murid-murid Tahun1 bergambar bersama guru, Pn. Rafini di Laman Bercerita PSS

Gambar 5: Pn. Siti Maziah binti Mohamad Tajuddin memberi penerangan kepada murid-murid Tahun 1 semasa lawatan mereka ke PSS
Gambar 6: Murid-murid Tahun 2 gembira dan teruja semasa Pertandingan Menghias Haiwan dijalankan
Gambar 7: Murid-murid Tahun 2 kelihatan tekun menyiapkan hasil seni masing-masing semasa Pertandingan Menghias Haiwan

Hari Kedua (9 April 2019)
Pada hari kedua, aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:
  • 5 Minit Membaca
  • Taklimat Pengisian Buku Nilam
  • Jom Kenali Pusat Sumber Kita Siri 2
  • Lawatan Tahun 2 ke PSS

Gambar 8: Beberapa orang murid sedang membaca bahan bacaan masing-masing semasa program ‘5 Minit Membaca’
Gambar 9: Meriah! suasana ketika program '5  Minit Membaca'


Gambar 10 : Pn. Nur Athirah Amani binti Muhammad Abdul Wahab semasa menyampaikan taklimat NILAM kepada murid-murid sesi petang
·         
Gambar 11: Guru-guru juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama murid-murid Tahun 2 semasa sesi lawatan ke PSS
Gambar 12 : Murid-murid Tahun 2 bergambar bersama guru di Kiosk menarik di PSS

Gambar 13 : Murid-murid Tahun 2 bergambar di salah satu sudut menarik yang terdapat di dalam Pusat Sumber SKTPP



Hari Ketiga (10 April 2019)
Semasa hari ketiga, pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan. Antara aktiviti tersebut adalah:
  • Pameran buku BLINK
  • Lawatan Tahun 3 ke Pusat Sumber Sekolah

Gambar 14: Teruja! begitulah perasaan murid-murid Tahun 3 semasa melakukan lawatan ke PSS bersama guru mereka
Gambar 15 : Murid-murid Tahun 3 bergambar di sudut NILAM bersama Pn. Azmira semasa sesi lawatan ke PSS

Gambar 16 : Murid-murid Tahun 3 bergambar di sudut tema yang sangat menarik semasa lawatan ke PSS


Hari Keempat (11 April 2019)
Minggu Pusat Sumber Sekolah semakin hampir ke hari terakhir. Namun, masih banyak aktiviti menarik yang sempat dijalankan. Antara aktiviti tersebut adalah:
  • Pertandingan Mencari Benda Tersembunyi Tahun 1
  • Pertandingan Mewarna Kulit Buku Tahun 2
  • Pertandingan Teka Silang Kata Tahun 3

Gambar 17: Dua orang murid tahun 1 semasa menyertai aktiviti Pertandingan Mencari Benda Tersembunyi

Gambar 18: Murid-murid Tahun 2 khusyuk menyiapkan hasil seni mereka semasa Pertandingan Mewarna Kulit Buku dijalankan di Dewan Perdana.
Gambar 19: Antara hasil mewarna kulit buku yang menarik ditunjukkan oleh murid-murid Tahun 2 semasa pertandingan dijalankan.

Gambar 20: Tekun! Salah seorang murid Tahun 1 begitu tekun mencari benda tersembunyi semasa pertandingan berlangsung


Hari Kelima (12 April 2019)
Hari kelima merupakan hari Pelancaran Kempen Galakan Membaca :  Perasmian Dekad Membaca & Perasmian Penutupan Minggu Pusat Sumber 2019. Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa majlis berlangsung.

Gambar 21: Pn Nik Rosmaliza selaku Pengacara Majlis

Gambar 22: Ucapan Aluan Puan Guru Besar, Puan Hjh Rohaidah binti Mohd Ali

Gambar 23: Ucapan aluan daripada pihak BLINK
Gambar 24: GPM Pn. Arnny Yusnita binti Md Enarji menemubual seorang murid berkaitan pakaian tradisi yang digayakan

Gambar 25: Perasmian Kempen Galakan Membaca : Pelancaran Dekat Membaca & Penutupan Minggu Pusat Sumber Sekolah 2019 oleh Guru Besar, Pn. Hjh Rohaidah binti Mohd Ali dan Guru Penolong Kanan Petang Pn. Jumilah binti Ahmad 

Gambar 26: Barisan pentadbir bergambar kenangan bersama sebahagian guru-guru semasa majlis berlangsung.

Gambar 27: Guru Besar Pn. Hjh Rohaidah binti Mohd Ali bersama Pn. Jumilah dan Pn. Arnny bergambar bersama maskot BLINK

Gambar 28: Kemunculan maskot BLINK di atas pentas yang begitu mengujakan murid-murid sesi petang

Gambar 29: Resensi buku Bahasa Inggeris oleh Adik Rayyan yang mengenakan kostum buaya sangat menghiburkan dan mengujakan!

Gambar 30: Menghiburkan! persembahan bercerita oleh guru PPKI SKTTP Pn. Noor Hayati binti Yusof dengan tajuk 'Merak yang Sombong'

Gambar 31: Warna warni! Para pentadbir dan guru bergambar kenangan bersama murid-murid yang menggayakan pakaian tradisional masing-masing

Gambar 32: Comel dan penuh gaya!sebahagian  murid-murid sesi petang daripada pelbagai latar belakang kaum menggayakan pakaian tradisional masing-masing. 

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada para pentadbir, guru-guru dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga warga Sk Taman Putra Perdana terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Di sediakan oleh:
En. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin